Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 15 Ultra kini rasmi dengan kamera Leica luar biasa dan Snapdragon 8 Elite

Xiaomi 15 Ultra kini rasmi dengan kamera Leica luar biasa dan Snapdragon 8 Elite 1

Xiaomi 15 Ultra kini rasmi dengan kamera Leica luar biasa dan Snapdragon 8 Elite 2

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu Xiaomi 15 Ultra di China hanya beberapa hari sebelum pelancaran global di MWC yang akan berlangsung di Barcelona pada 2 Mac ini.

Xiaomi 15 Ultra kini rasmi dengan kamera Leica luar biasa dan Snapdragon 8 Elite 3

Xiaomi 15 Ultra hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite yang disertakan dengan dua kapasiti RAM LPDDR5X iaitu 12GB atau 16GB dengan storan dalaman UFS 4.1 berkapasiti 256GB, 512GB dan 1TB. Cipset ini menawarkan sehingga 45% peningkatan prestasi dan 52% lebih cekap tenaga.

Xiaomi 15 Ultra kini rasmi dengan kamera Leica luar biasa dan Snapdragon 8 Elite 4

Beralih kepada bateri, ianya adalah bateri yang memiliki 10% silikon karbida dan kapasiti ini adalah 17% lebih tinggi iaitu pada kadar 6,000mAh namun model global dikatakan hanya akan memiliki bateri 5,410mAh. Ianya menawarkan pengecasan pantas 90W dan 80W pengecasan tanpa wayar.

Xiaomi 15 Ultra kini rasmi dengan kamera Leica luar biasa dan Snapdragon 8 Elite 5

Ke skrin paparan, Xiaomi 15 Ultra akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.73-inci dengan resolusi 3200x1440px, kadar segar semula 1-120Hz dan kecerahan maksima sehingga 3,200nits.

Beralih kepada warna ,Xiaomi 15 Ultra hadir dalam warna Black atau White dan special Silver Chrome Edition. Bingkai Xiaomi 15 Ultra ini adalah aluminium buatan CNC manakala kacanya ialah Xiaomi Shield Glass 2.0 dengan rintangan jatuh yang dipertingkatkan sebanyak 16 kali ganda.

Xiaomi 15 Ultra kini rasmi dengan kamera Leica luar biasa dan Snapdragon 8 Elite 6

Seterusnya, Xiaomi 15 masih mengekalkan sistem kamera quad Leica dan secara teori ia sangat serupa – anda mempunyai sensor wide, telefoto jarak dekat, telefoto jarak jauh dan ultrawide.

Sensor utama adalah 50MP Sony LYT-900 jenis 1 inci yang sama dengan lensa 23mm, namun pada tahun ini, ia memiliki aperture f/1.63z. Sensor zoom jarak dekat adalah sensor IMX858 1/2.51 inci  dengan lensa 70mm f/1.8. Sensor ultrawide pada generasi Ultra ini adalah sensor JN5 14mm dengan aperture f/2.2.

Perbezaan terbesar, dan peningkatan terbesar adalah sensor zoom 100mm f/2.6 baharu. Ia memuatkan sensor 200MP Samsung HP9 1/1.4-inci yang sama dengan sensor seperti yang digunakan pada vivo X100 Ultra dan X200 Pro. Xiaomi mendakwa sensor ini mampu menyerap lebih cahaya iaitu sehingga 136% lebih banyak. Pada bahagian hadapan, terdapat kamera swafoto  32MP 21mm f/2.0.

Dalam pada itu, Keempat-empat kamera belakang mampu merakam video 8K pada kadar 30fps, manakala semua kamera, termasuk swafoto, mampu merakam video 4K pada kadar sehingga 60fps – kamera telefoto utama dan 100mm juga merakam video 4K pada kadar sehingga 120fps.

Xiaomi 15 Ultra kini rasmi dengan kamera Leica luar biasa dan Snapdragon 8 Elite 7

Selain itu, Xiaomi 15 Ultra beroperasi pada HyperOS 2 yang berasaskan Android 15 dengan HyperAI dan syarikat ini juga menjanjikan sehingga 4 kemaskini Android dan 6 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Harga bagi pasaran global dijangka akan diumumkan pada pelancaran global di MWC yang akan berlangsung didalam masa 2 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.