HONOR Bakal Lancar AI Agent Eksklusif Untuk Pengkomersialan di Peringkat Global

Sebagai sebahagian daripada HONOR Alpha Plan yang berfokuskan kepada AI, jenama teknologi global HONOR akan memperkenalkan penyelesaian AI Agent yang eksklusif bagi pengkomersialan global pada Mobile World Congress (MWC) 2025 di Barcelona, Sepanyol, 2 Mac 2025.
Dari digital ke agen AI fizikal, di masa hadapan, tugasan dan kehidupan manusia akan ditransformasikan oleh pelbagai AI Agent dengan keupayaan berbeza secara signifikan.
Keupayaan ini merangkumi proses membuat keputusan secara autonomi, pengurusan tugas yang rumit, dan kolaborasi interaktif antara beberapa AI Agent berbeza.
Tahun lalu di IFA, HONOR telah melancarkan AI Agent pada peranti untuk ekosistem terbuka. Kali ini, HONOR akan melancarkan penyelesaian AI Agent sebagai perintis dan terkehadapan, dengan laluan teknikal yang terperinci dan eksklusif, menandakan detik penting dalam evolusi AI mudah alih.
Untuk pengumuman dan kemas kini menjelang MWC 2025, sila layari https://www.honor.com/global/events/honor-mwc/.