TMT Megastore Sunway Pyramid dibuka secara rasmi – hab teknologi terbesar seluas 15,000 kaki persegi
Peruncit teknologi terkemuka Malaysia, TMT by Thunder Match, secara rasminya telah membuka Megastore terbesarnya di Sunway Pyramid yang mempunyai keluasan lebih 15,000 kaki persegi, menetapkan standard baharu dalam landskap peruncitan teknologi di Malaysia.
Pencapaian ini mencerminkan visi TMT untuk mengubah dan meningkatkan cara rakyat Malaysia menemui dan mengalami teknologi.
Direka bentuk sebagai hab teknologi yang komprehensif, TMT Megastore Sunway Pyramid menampilkan zon interaktif termaju di mana pelanggan boleh mengalami inovasi terkini secara langsung.
Selain itu, Megastore ini juga memperkenalkan konsep runcit revolusioner dengan ruang khusus untuk demonstrasi produk secara langsung, pengalaman permainan yang mengasyikkan, penyelesaian rumah pintar, dan perundingan pakar. Gabungan kemudahan sedemikian mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk pembelian, pembelajaran, dan penerokaan.
Dalam pada itu, sebagai peruncit teknologi terbesar di Malavsia dengan 48 cawangan di seluruh negara. TMT terus mengukuhkan kepimpinan pasarannya melalui pengembangan strategik. Megastore baharu ini merupakan pelaburan terbesar syarikat dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, menampilkan pilihan luas jenama teknologi premium dan pasukan pakar teknologi yang berdedikasi.
Dengan peningkatan penggunaan peranti berkuasa Al yang ielas mengubah cara kita bekerja, mencipta, dan bermain, Megastore ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk meneroka secara langsung bagaimana kecerdasan buatan membentuk masa depan teknologi.
Seterusnya. TMT juga mempunyai perancangan untuk membuka kedai high-street pertamanya di PJ Uptown.
Peluasan ini membuktikan komitmen TMT untuk mendekatkan lagi pengalaman teknologi yang diperibadikan kepada komuniti urban. Strategi pengembangan ini mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk ruang runcit teknologi yang mudah diakses dengan ketersediaan produk yang pelbagai dan bimbingan pakar.




