Telefon pintar tri-fold pertama dunia iaitu HUAWEI Mate XT Ultimate Design kini rasmi di Malaysia

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar tri-fold pertama didunia iaitu HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia pada harga RM 14,999
Selain itu, HUAWEI Mate XT Ultimate Design mampu menawarkan anda skrin paparan bersaiz 10.2-inci apabila kedua-dua lipatan dibuka atau 7.9-inci apabila bahagian kiri dilipat dan menjadi 6.4-inci apabila kedua-duanya dilipat.
Walaupun memiliki reka bentuk yang kompleks, HUAWEI Mate XT Ultimate mempunyai ketebalan hanya 3.6 mm dengan beratnya sekitar 298 gram.
Selain itu, Mate XT Ultimate secara teknikalnya memiliki satu skrin iaitu panel LTPO OLED yang fleksibel dengan kadar segar semula 120 Hz yang menyokong 10 bilion warna. Resolusi penuh adalah 3,184 x 2,232 piksel, yang boleh dilaraskan ke 2,232 x 2,048 piksel dan 2,232 x 1,008 piksel bergantung pada konfigurasi lipatan.
Seterusnya, Mate XT Ultimate ini menampilkan sensor kamera utama 50MP dengan PDAF dan OIS dan variable aperture antara f/1.4-f/4.0. Ianya juga memiliki sensor telefoto 12MP yang menawarkan 5.5x zoom optikal dan sensor ultrawide 12MP serta pemfokusan auto laser. Terdapat juga kamera selfie 8MP.
Dalam pada itu, HUAWEI tidak mendedahkan jenis cipset yang digunakan namun ianya memiliki 16GB RAM, 1TB storan dalaman dan sistem operasi EMUI 14.2
Selain itu, Mate XT Ultimate Design juga memiliki bateri terdiri daripada tiga sel komposit silikon-karbida berkapasiti 5,600 mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 66W, pengecasan tanpa wayar 50W, dan pengecasan berbalik (berwayar dan tanpa wayar).
Akhir sekali, HUAWEI Mate XT Ultimate Design akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna Black atau Red dengan aksen emas di engsel, sisi dan kamera.
Pra-tempahan akan dibuka mulai 18 Februari pada pukul 4 petang dengan jualan rasmi bakal bermula pada 15 Mac 2025. (percuma 1 tahun HUAWEI screen protection bernilai RM 3,999)
https://youtube.com/shorts/yciikdy6tfo?si=YgLXqdgmFXMQZXeG