HUAWEI MatePad Pro 13.2”: Tablet Flagship dengan produktiviti setaraf PC, dilengkapi prestasi cemerlang dan skrin PaperMatte terbaik

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan tablet flagship terbaru mereka untuk pasaran Malaysia iaitu HUAWEI MatePad Pro 13.2” pada 18 Februari yang mana tablet ini hadir dengan kemampuan untuk menawarkan pengguna produktiviti yang bukan hanya setaraf malah lebih baik dari sebuah PC.
1. Pengalaman Office Flagship
Tablet kelas flagship HUAWEI ini diperhalusi lagi dengan pengalaman Office kelas perdana. HUAWEI MatePad Pro 13.2″‘ yang serba baharu ini bukan sahaja memenuhi keperluan asas pejabat anda, seperti menggunakan Gmail, mesyuarat dalam talian dan juga pengalaman penulisan seperti kertas. Selain itu, HUAWEI juga telah meningkatkan prestasi, yang menggandakan kecekapan kerja pejabat anda.
Teknologi NearLink
Teknologi NearLink adalah teknologi yang diperintiskan oleh HUAWEI pada tahun 2023 dan syarikat ini masih merupakan pengguna eksklusif teknologi perhubungan futuristik ini.
NearLink merupakan teknologi perhubungan 6x lebih pantas berbanding teknologi Bluetooth. Kebaikan NearLink ini tidak habis begitu sahaja, ianya juga 60% lebih cekap tenaga, mampu kekal berhubung dengan peranti pada jarak 2x ganda lebih jauh, latensi lebih rendah dan boleh disambungkan pada 10 aksesori serentak.
HUAWEI Smart Magnetic Keyboard mempunyai jarak papan kekunci 1.5mm untuk pengalaman menaip yang selesa walaupun untuk tempoh yang panjang. Ianya juga boleh digunakan didalam tiga mod iaitu Laptop Form, Split Form dan Studio Form yang memenuhi pelbagai senario seperti kerja pejabat, hiburan dan usaha kreatif.
Dalam pada itu, HUAWEI MatePad Pro 13.2” yang terbaru ini juga tampil dengan rekaan yang sangat nipis dan ringan walaupun digunakan bersama papan kekunci magnetik dan HUAWEI M-Pencil (generas ke-3) yang menjadikan ia sangat ideal untuk menjadi teman kerja anda tidak kira dimana anda berada.
HUAWEI NearLink M-Pencil (3rd Gen) – stylus M-Pencil dengan NearLink membuka lembaran baharu bagi anda meterjemahkan kreativiti dan bakat artistik anda melalui stylus yang lebih sensitif iaitu 16,834 tahap tekanan yang memberikan anda pengalaman melukis atau menulis tanpa latensi yang boleh digunakan sehingga 8 jam.
Produktiviti Gred Profesional
Aplikasi Office setaraf PC – HUAWEI MatePad Pro 13.2” juga menawarkan anda kebolehan penuh untuk menggunakan aplikasi berskala penuh seperti pada PC (PC- Level WPS Office) iaitu WPS Office yang ditawarkan secara percuma dan eksklusif kepada pengguna HUAWEI. Ianya hadir dengan antaramuka yang sama seperti pada komputer riba untuk hasil kerja yang profesional dengan ciri seperti Top & bottom Toolbar, multi-tab dan PPT-Slide Sorter.
Fungsi Setaraf PC – WPS Office yang ditawarkan pada tablet terbaru flagship HUAWEI ini juga menyokong penggunaan jadual pangsi (pivot table) yang berkuasa untuk analisis data, statistik dan penjanaan carta. Ianya juga menawarkan navigasi dokumen yang dipertingkatkan dengan jadual kandungan, transition dan animasi dengan kesan terperinci yang boleh disesuaikan.
Interaksi setaraf PC – Aplikasi WPS Office yang ditawarkan pada HUAWEI MatePad Pro 13.2 juga menyokong integrasi yang mendalam ke storan cloud , kemudahan mencetak dokumen dan ciri SuperHub yang menyediakan cara mudah untuk mengurus fail dan dokumen.Pengguna boleh memindahkan fail dengan mudah antara tablet dan peranti lain dengan mengalihkan fail tersebut ke platform SuperHub.
HUAWEI Notes
HUAWEI Notes untuk menawarkan kebebasan sama seperti menulis di atas kertas. Pengguna boleh menikmati pengambilan nota di mana-mana, pada bila-bila masa.
Selain itu, HUAWEI MatePad Pro 13.2” ini tampil dengan pelbagai ciri yang telah ditambah baik seperti rekaan baharu yang mempunyai mod bookshelf dan mod list. HUAWEI Notes dijangka mampu memenuhi gaya dan pilihan yang berbeza, membolehkan pengalaman mencatat nota yang lebih interaktif dan menarik lebih-lebih lagi dengan penggunaan bersama HUAWEI M-Pencil (Generasi ke-3).
2. Prestasi Gred Flagship
Prestasi gred flagship yang ditawarkan tablet ini membolehkan ianya menyokong pengalaman Office premium melebih PC yang turut didokong sistem pelesapan haba yang inovatif telah meningkatkan prestasi keseluruhan sistem sebanyak 30%
- Struktur Pelesapan Haba 3D yang Inovatif
HUAWEI MatePad Pro 13.2” menampilkan sistem pelesapan haba 3D inovatif yang membolehkan tablet berfungsi didalam mod turbo 85% lebih lama ketika melakukan tugas-tugas yang memerlukan tablet beroperasi pada tahap maksima.
Dalam pada itu, suhu tablet semasa ketika menjalankan aplikasi atau tugas berat juga telah berjaya dikurangkan sehingga 10°C dan prestasi tablet juga berjaya ditingkatkan sebanyak 30%. Ianya mampu membuka fail dokumen 100 halaman Words, 10,000 baris Excel atau 1GB fail PPT didalam masa beberapa saat sahaja.
Selain pengalaman pejabat setaraf PC, prestasi peringkat PC dengan skrin paparan yang besar dan bateri berkapasiti tinggi boleh menggandakan pengalaman permainan anda. Tidak perlu risau tentang penggunaan bateri, tidak perlu risau tentang lagging, prestasi tinggi menjadikan pengalaman gaming lancar!
- Bateri Berkapasiti Tinggi
HUAWEI MatePad Pro 13.2” memiliki bateri berkapasiti 10,100mAh yang dimuatkan pada profil peranti yang ringan dan nipis. Ianya juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 100W SuperCharge yang membolehkan tablet dicaj ke tahap 80% didalam masa 40 minit sahaja dan ini mampu memberikan sehingga 13 jam tontonan video.
3. Paparan Flagship
- Teknologi Flexible OLED Papermatte Display
Paparan PaperMatte generasi terkini yang digunakan pada HUAWEI MatePad Pro 13.2”menawarkan kesan paparan seperti kertas sambil memastikan kejelasan seperti kristal.
Teknologi baharu ini membuka lembaran baharu dalam paparan PaperMatte dengan teknologi Flexible OLED Papermatte Display. Apabila dibandingkan dengan skrin nano-texture pada iPad Pro, panel Paper Matte ini menawarkan kejelasan skrin 30% lebih baik, sifat anti-silau dipertingkat sebanyak 57% manakala pengalaman menulis seperti pen pada kertas pula dipertingkatkan sebanyak 47%.
Selain itu, paparan HUAWEI MatePad Pro 13.2” ini memaksimakan sepenuhnya permukaan hadapan iaitu dengan nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 94% yang pastinya memberikan lebih ruang skrin untuk kerja pejabat mahupun untuk hiburan.
- Paparan Anti-Glare & HD Effects
Paparan PaperMatte OLED yang digunakan pada HUAWEI MatePad Pro 13.2” ini mempunyai sifat anti-silau yang tinggi yang mampu menyingkirkan sehingga 99% cahaya persekitaran dan ciri anti-silau ini juga disertakan pada bezel hitam yang mengelilingi skrin.
Selain itu, lapisan optik nano yang dikawal secara magnetik berupaya meningkatkan kejelasan dan lapisan filem optik baharu telah menangani isu OLED pixel crosstalk, menghilangkan silau dan memastikan kejelasan optimum.
- Penarafan Perlindungan Mata
HUAWEI MatePad Pro 13.2” adalah tablet yang telah menerima pengiktirafan rasmi daripada badan bertauliah dengan pensijilan seperti SGS Low Visual Fatigue Premium Performance , TÜV Rheinland Reflection Free, TÜV Rheinland Flicker-Free & TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution).
- Serlahkan Kreaviti Seni anda dengan Go Paint
Aplikasi GoPaint menampilkan simulasi kertas digital unik yang membolehkan pengguna menggunakan berbilang tekstur kertas mengikut gaya seni mereka dan melaraskan parameter tekstur dan bayang-bayang, mewujudkan pengalaman lukisan yang realistik pada tablet. Aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI ini kini tampil dengan beberapa ciri baharu seperti real color brush, layer blending mode, filter processing, magic wand, layer selection dan gridline assistance.
- Rekan Estetik
HUAWEI MatePad Pro 13.2” hadir dengan rekaan yang dikenali sebagai Golden Silk Design yang memberikan pengalaman seperti menyentuh kain yang sangat lembut. Ianya juga ternyata sangat nipis iaitu hanya 5.5mm dengan berat sekitar 580gram sahaja.
Dalam pada itu, HUAWEI juga memastikan tablet HUAWEI MatePad Pro 13.2” ini sentiasa bersedia untuk senario kehidupan harian yang lasak dengan komponen yang tahan lasak dan anti-calar.
Semua ciri di atas membuktikan bahawa HUAWEI MatePad Pro 13.2″ adalah sebuah tablet yang ternyata mempunyai produktiviti yang setara dengan PC flagship, dengan prestasi berkuasa dan fleksibel. Paparan PaperMatte OLED juga memberikan kejelasan unggul dan ciri anti-silau yang terbaik untuk pengalaman menonton yang lebih selesa dan mengasyikkan, tingkatkan produktiviti anda ke tahap yang seterusnya!
Dapatkan HUAWEI MatePad Pro 13.2” Sekarang
Tunggu apa lagi, HUAWEI MatePad Pro 13.2” kini ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM 4,999 dan jika anda membuat pra-tempahan mulai hari ini sehingga 14 Mac 2025, anda akan menerima hadiah percuma yang bernilai sehingga RM 2,744 yang termasuk HUAWEI Smart Magnetic Keyboard (Inbox) RM699 + HUAWEI M-Pencil 3rd Gen RM699 + HUAWEI Mouse RM149 + Sound Joy RM699 +PC Level WPS RM299 + HUAWEI Backpack RM199.
Berbaloi sangat jika anda pra-tempah sekarang kerana hadiah percuma yang ditawarkan ini bernilai hampir 50% daripada harga tablet terbaru ini dan ini belum lagi tolak baucar pembelian awal bernilai RM 200 yang boleh ditebus di Lazada dan Shopee.