HUAWEI MatePad Pro 13.2″ kini rasmi di Malaysia – prestasi dan produktiviti setaraf PC flagship

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan tablet terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI MatePad Pro 13.2″ untuk pasaran Malaysia dengan spesifikasi dan prestasi melebih PC flagship.
HUAWEI MatePad Pro 13.2″ ini hadir dengan skrin paparan Flexible OLED Papermatte Display dengan resolusi 2.8K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksima mencecah 1,000nits. Ianya adalah panel yang sangat luas dimana bezel hitam pada skrin adalah sangat nipis.
Selain itu, MatePad Pro 13.2″ ini juga memiliki prestasi berkuasa tinggi yang dikuasakan cip Kirin 9000S dengan , RAM dan storan dalaman 512GB. Ianya juga membawakan sokongan aplikasi WPS Office setaraf PC dan Go Paint.
Dalam pada itu, tablet premium terbaru HUAWEI ini juga memiliki sistem pelesapan haba 3D inovatif yang membolehkan tablet berfungsi didalam mod turbo 85% lebih lama ketika melakukan tugas-tugas yang memerlukan tablet beroperasi pada tahap maksima.
Seterusnya, MatePad Pro 13.2″ ini juga disertakan bersama Smart Magnetic Keyboar dan M-Pencil (3rd Gen) yang menggunakan teknologi NearLink.
Selain itu, tablet premium terbaru HUAWEI ini juga memiliki bateri berkapasiti 10,100mAh dengan pengecasan pantas 100W, dual-wifi, sistem bunyi HUAWEI SOUND dan sensor capjari pada butang kuasa.
Akhir sekali, tablet HUAWEI MatePad Pro 13.2″ ini juga hadir dengan rekaan yang sangat nipis iaitu hanya 5.5mm dengan berat 580 gram. Ianya adalah rekaan Golden Silk.
HUAWEI MatePad Pro 13.2” kini ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM 4,999 dan jika anda membuat pra-tempahan mulai hari ini sehingga 14 Mac 2025, anda akan menerima hadiah percuma yang bernilai sehingga RM 2,744 yang termasuk HUAWEI Smart Magnetic Keyboard (Inbox) RM699 + HUAWEI M-Pencil 3rd Gen RM699 + HUAWEI Mouse RM149 + Sound Joy RM699 +PC Level WPS RM299 + HUAWEI Backpack RM199.