Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI FreeArc kini rasmi di Malaysia – RM 599

HUAWEI FreeArc kini rasmi di Malaysia - RM 599 1

HUAWEI FreeArc kini rasmi di Malaysia - RM 599 2

Selain MatePad Pro 13.2″ dan telefon pintar tri-fold Mate XT Ultimate Design , HUAWEI juga telah membuat kejutan dengan pelancaran global pertama produk audio terbaru mereka iaitu HUAWEI FreeArc.

HUAWEI FreeArc hadir dengan rekaan open-ear design yang sama seperti HUAWEI FreeClip yang telah mencapai jualan 2 juta unit. Apa yang membezakanya dengan HUAWEI FreeClip adalah ianya memiliki earhook.

HUAWEI FreeArc kini rasmi di Malaysia - RM 599 3

Selain itu, HUAWEI FreeArc juga memiliki pemacu sensitif 17×12 mm, bahan liquid silikon yang mesra kulit, penarafan IP57 yang pertama kali diperoleh oleh earbuds HUAWEI.

HUAWEI FreeArc menampilkan tiga komponen utama: Comfort Droplet, Acoustic Bean, dan C-bridge yang diperbuat dari aloi memori bentuk nikel-titanium 0.7mm, ianya boleh disesuaikan kepada pelbagai bentuk telinga untuk keselesaan optimum.

Selain itu, FreeArc diperbuat dari bahan silikon cecair ultra-lembut dan mesra kulit dengan ciri AI Crystal-Clear dan Stable Calls yang memastikan panggilan audio adalah jelas dan sentiasa tersambung kepada peranti walaupun pada pejabat berkeluasan 100 meter persegi.

Seterusnya, HUAWEI FreeArc menawarkan sehingga 28 jam apabila digunakan bersama bekas pengecasan dan 10 minit pengecasan mampu memberikan 3 jam waktu penggunaan.

HUAWEI FreeArc kini rasmi di Malaysia - RM 599 4

Akhir sekali, HUAWEI FreeArc akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 dimana setiap pembelian akan turut menerima HUAWEI Band 8, 1 tahun lanjutan warranti dan 2 tahun HUAWEI Loss Care (1 kali).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.