Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengguna HONOR Magic7 Pro bakal menerima ciri AI Outpainting pada hujung bulan ini

Pengguna HONOR Magic7 Pro bakal menerima ciri AI Outpainting pada hujung bulan ini 1

Pengguna HONOR Magic7 Pro bakal menerima ciri AI Outpainting pada hujung bulan ini 2

Telefon pintar flagship terbaharu HONOR Magic7 Pro menjadi tumpuan kerana menawarkan ciri kamera AI yang hebat seperti AI Enhanced Portrait, AI Motion Sensing Capture, HD Burst Shot dan AI Super Zoom.

Kini, fotografi pada HONOR Magic7 Pro melangkah lebih ke hadapan dengan ciri menarik terbaharu AI Outpainting dan yang bakal tersedia menjelang akhir Februari ini. AI Outpainting menggalakkan pengguna untuk menangkap gambar dan mencipta momen-momen indah, seterusnya menghasilkan kandungan yang asli.

Dengan memanfaatkan kecerdasan buatan, AI Outpainting boleh meluaskan sempadan gambar dengan ajaib. Ciri ini mencipta komposisi gambar baharu yang seimbang dan sepadan dengan persekitaran berdasarkan analisis kandungan serta struktur gambar asal.

Selain itu, AI Outpainting juga amat berguna untuk fotografi landskap dan potret. Sebagai contoh, ketika menangkap gambar pemandangan indah di Kundasang, Sabah dan sekiranya terdapat bahagian Gunung Kinabalu yang terpotong, AI Outpainting mampu meluaskan dan melengkapkan gambar tersebut bagi mencipta semula komposisi gambar yang diingini.

Secara asasnya, AI Outpainting adalah perkakas berkuasa untuk meningkatkan komposisi, membaiki kesalahan bingkai dan meningkatkan kreativiti dalam fotografi. Ciri ini menjimatkan masa dan usaha pengguna dalam pasca pemprosesan di samping membuka kemungkinan baharu untuk pemceritaan visual.

Sebagai tambahan kepada AI Outpainting, pengguna juga boleh menerokai kemahiran menyunting gambar secara kreatif dengan AI Eraser dan AI Cutout. Dengan hanya membulatkan objek yang tidak dikehendaki, AI Eraser mampu membuang objek tersebut dengan pantas bagi menonjolkan subjek dalam gambar. Manakala AI Cutout membolehkan pengalihan subjek secara mudah untuk disimpan, dikongsi, atau untuk kegunaan kreatif yang lain.

HONOR Magic7 Pro menjadi lebih baik dengan kedatangan lebih banyak lagi ciri baharu yang menarik.

Baca : ULASAN : HONOR Magic7 Pro – Adakah ini AI Flagship terbaik bagi tahun 2025?

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.