Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 7 bakal dilancarkan dengan spesifikasi hampir sama seperti GT 7 Pro

realme GT 7 bakal dilancarkan dengan spesifikasi hampir sama seperti GT 7 Pro 1

realme GT 7 bakal dilancarkan dengan spesifikasi hampir sama seperti GT 7 Pro 2

Susulan pelancaran realme GT 7 Pro pada penghujung tahun lalu, realme kini dilaporkan mungkin bakal melancarkan realme GT 7 dan telefon pintar ini telah dikesan di pangkalan ujian Geekbench.

Ini berikutan model realme dengan nombor model RMX5090 dengan cip Snapdragon 8 Elite telah dikesan dengan 16GB RAM dan OS Android 15.

Menariknya, kebanyakkan spesifikasi realme GT 7 adalah sama seperti realme GT 7 Pro iaitu sistem kamera yang hampir sama, teknologi pengecasan pantas 120W dan skrin paparan 1.5K AMOLED berukuran 6.78-inci.

Akhir sekali, memandangkan realme GT 7 Pro telah dilancarkan dipasaran global, adalah hampir pasti realme GT 7 juga akan memasuki pasaran global apabila ianya dilancarkan secara rasmi.

sumberĀ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.