Canalys : Pasaran Telefon Pintar Global Meningkat 7% – Apple dan Samsung berkongsi kedudukan No.1

Laporan terbaru daripada Canalys mengenai pretasi pasaran telefon pintar telah mengesahkan bahawa pertumbuhan pasaran telefon pintar global pada tahun 2024 telah meningkat sebanyak 7% iaitu pertumbuhan positif pertama selepas dua tahun mencatatkan penurunan.
Menurut laporan ini, Samsung dan Apple berkongsi kedudukan pertama dengan 18% pengangan pasaran diikuti Xiaomi ditempat ketiga dengan 14%, Transsion ditempat keempat dengan 9% manakala Oppo (8%), vivo (8%) Honor (5%), Lenovo (5%), Huawei (4%) dan realme (4%) melengkapkan senarai 10 syarikat telefon pintar terbaik.
Berikut adalah pecahan jumlah unit telefon pintar yanh berjaya dijual oleh syarikat telefon pintar pada tahun 2024 :
- Apple – 225.9 juta unit ( kurang 1% vs 2023)
- Samsung – 222.9 juta unit (kurang 1% vs 2023)
- Xiaomi – 168.6 juta unit (peningkatan 15% vs 2023)
- Transsion – 106.7 juta unit – (peningkatan 15% vs 2023)
- OPPO ( termasuk OnePlus) – 103.6 juta unit (peningkatan 3% vs 2023)
Dalam pada itu, model telefon pintar paling laris pada tahun 2024 adalah iPhone 15 diikuti iPhone 16 Pro Max dan iPhone 15 Pro Max manakala Samsung Galaxy A14 di tempat keempat mengatasi iPhone 16 Pro di tempat kelima.