MediaTek Dimensity 8400 dilancarkan – cipset kelas midrange pertama dengan teras ‘big core’
MediaTek secara rasminya telah memperkenalkan cipset kelas midrange atasan terbaru mereka iaitu Dimensity 8400 yang menjadi cipset pertama pada kategori ini untuk hadir dengan konfigurasi teras CPU yang besar ‘big core’.
Ini bermaksud, MediaTek Dimensity 8400 akan mengugat kedudukan Snapdragon 7+ Gen 3 yang dilihat tidak mempunyai pencabar yang setaraf sejak diperkenalkan.
Selain itu, Dimensity 8400 ini memiliki 8 teras Cortex-A725 CPU berkelajuan sehingga 3.25GHz dan MediaTek mendakwa ianya menawarkan peningkatan prestasi multi-core sebanyak 41% berbanding Dimensity 8300 dan 44% lebih jimat tenaga.
Seterusnya, cipset ini juga memiliki GPU Arm Mali-G720 MC7 yang menawarkan 24% peningkatan prestasi kemuncak namun 42% lebih cekap tenaga.
Dalam pada itu, Redmi Turbo 4 akan menjadi telefon pintar pertama untuk dikuasakan cipset ini di pasaran China yang turut akan dilancarkan di pasaran global sebagai Poco F7 atau Poco X7 Pro.