Baiki & Perbaharui Peranti HUAWEI serta Nikmati Ganjaran menarik pada kempen HUAWEI Service Giving Season sehingga 31 Disember ini
Anda pengguna setia produk HUAWEI?, Jika ya, masa terbaik tahun ini telah tiba dimana bulan Disember adalah bulan terbaik untuk memberi! HUAWEI Service Giving Season kini tiba lagi dan tahun ini HUAWEI menjanjikan faedah praktikal yang berbaloi, semuanya untuk menghargai pelanggan setia HUAWEI atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka.
Bersempena dengan musim percutian dan perayaan ini, HUAWEI mahu pelanggan setia HUAWEI tidak kira pengguna telefon pintar, tablet, wearable atau komputer riba dengan faedah yang menakjubkan, diskaun dan hadiah percuma apabila mereka membaiki peranti HUAWEI mereka.
Pembaikan Tanpa Kos Buruh
• Dengan pembaikan tanpa caj buruh, HUAWEI mengetepikan kos buruh bagi sebarang pembaikan untuk peranti yang telah tamat jaminan, sekaligus membolehkan pelanggan menjimatkan kos pembaikan bagi skrin retak atau isu perkakasan. Dengan menghapuskan caj buruh, HUAWEI mahu menjadikan pembaikan di pusat servis rasmi lebih mudah diakses dan berpatutan semasa tempoh kempen ini berlangsung sesuai dengan tema memberi.
Filem perlindungan skrin percuma untuk telefon pintar dan peranti wearable
Bagi memberikan perlindungan optimum kepada telefon Pintar dan jam tangan pintar HUAWEI kesayangan anda, HUAWEI menawarkan ‘screen protector’ percuma untuk telefon pintar dan peranti werable di Pusat Khidmat Pelanggan HUAWEI yang terpilih di seluruh negara yang terhad untuk satu penukaran setiap pelanggan. Pelanggan digalakkan untuk mengunjungi pusat khidmat pelanggan HUAWEI yang berdekatan dengan lebih awal untuk mendapatkan faedah ini.
Pemasangan Semula Sistem PC Secara Percuma
• Pengguna yang menggunakan komputer riba pastinya mempunyai banyak aplikasi dan fail berselerak di dalam ‘hard disk’ mereka, menjadikan komputer riba lembap atau tidak begitu responsif. Ini sudah pastinya menjejaskan produktiviti dan kecekapan pengguna secara keseluruhan. Terdapat juga masa di mana virus berada didalam perisia komputer riba tanpa disedari, meningkatkan kebocoran data dan privasi pengguna.
• Pemilik komputer riba HUAWEI juga boleh menikmati perkhidmatan pemasangan semula sistem pengendalian asal percuma untuk peranti yang dibeli dalam tempoh lima tahun bagi memastikan ‘PC’ anda kembali berada dalam keadaan terbaik untuk menempuh tahun 2025 dan seterusnya.
Diskaun Hebat bagi pelan perlindungan peranti HUAWEI Care
• Akhir sekali, HUAWEI juga menawarkan diskaun bagi pembelian HUAWEI Care, membolehkan pelanggan menikmati perlindungan menyeluruh seperti jaminan lanjutan untuk telefon pintar, wearable, tablet dan komputer riba serta ketenangan fikiran pada harga yang lebih berpatutan dengan diskaun sehingga 40% . Dengan HUAWEI Care, peranti anda dilindungi daripada pembaikan yang tidak dijangka, memastikan prestasi dan kebolehpercayaan jangka panjang.
Hadiah Percuma menanti dengan hanya membaiki peranti HUAWEI anda
• Untuk menambahkan keseronokkan perayaan, HUAWEI menawarkan hadiah percuma selepas pembaikan peranti yang bernilai sehingga RM129. Hadiah mungkin berbeza mengikut lokasi dan terhad kepada satu hadiah bagi setiap pelanggan. Untuk butiran lanjut, pelanggan boleh terus melawat Pusat Perkhidmatan HUAWEI yang berdekatan.
HUAWEI Service Giving Season adalah lebih daripada promosi ; ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan HUAWEI untuk mengutamakan kepuasan pelanggan. HUAWEI mengiktiraf peranan penting peranti pintar dalam kehidupan seharian dan memahami nilai perkhidmatan profesional yang boleh dipercayai. Dengan terus menambah baik tawaran perkhidmatannya, HUAWEI menyasarkan untuk menangani keperluan pelanggan yang semakin berkembang dan mengukuhkan dedikasinya terhadap penjagaan pelanggan.
• Untuk mengambil bahagian, pelanggan digalakkan untuk melayari laman https://consumer.huawei.com/my/support/service-giving-season-2024/ untuk mendapatkan butiran lanjut tentang kelayakan dan syarat, atau lawati mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan HUAWEI yang berhampiran anda.
• hubungi talian hotline 1800-22-0086