HONOR Magic7 Pro – Ini adalah ciri-ciri telefon pintar flagship AI terbaik 2025
Pertengahan bulan November yang lalu telah menyaksikan HONOR Malaysia membuka pendaftaran program beta HONOR Magic7 Pro bersama MagicOS 9.0 yang menjadi petunjuk awal bahawa HONOR Magic7 Pro akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.
HONOR Magic7 Pro telah dilancarkan dipasaran China dan pelancaran global telefon pintar ini dilihat semakin hampir dan kami telah dijemput untuk mengalami sendiri kehebatan AI dan ciri-ciri baharu yang ditawarkan oleh telefon pintar ini.
Berdasarkan previu awal ini, berikut adalah beberapa ciri terbaru HONOR Magic7 Pro yang telah mencuri tumpuan kami.
Reka Bentuk Premium Elegan
HONOR Magic7 Pro menampilkan rekaan yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini dan kami dapat merasakan ianya lebih selesa untuk dipegang.
Selain itu, Magic7 Pro hadir dengan sisi yang melekung bersama panel belakang yang lembut dan rata dengan kemasan matte yang sangat premium. Unit ulasan kami adalah didalam warna Lunar Shadow Grey diinspirasikan daripada bayang-bayang cahaya bulan dan merupakan warna ‘hero’ bagi generasi terbaru Magic ini.
Dalam pada itu, Magic7 Pro juga menampilkan rekaan modul kamera bulatan persegi yang unik, menempatkan empat sensor kamera. Ianya adalah sensor yang membawakan teknologi fotografi AIGC eksklusif HONOR yang turut memiliki ciri Al Enhanced Portrait dan Al Super Zoom.
Selain reka bentuk, HONOR Magic7 Pro juga hadir dengan teknologi baharu yang dapat melindungi anda daripada ancaman scam dan ciri AI yang menjadikanya telefon pintar flagship AI terbaik bagi tahun 2025.
Teknologi AI Deepfake Detection
HONOR Magic7 Pro menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi AI Deepfake
yang canggih memastikan panggilan video anda kekal tulen dan selamat, melindungi anda daripada scammer yang semakin hebat dengan teknologi canggih.
Fungsi pengesanan AI Deepfake ini boleh diaktfikan pada bahagian tetapan dan ianya menyokong pelbagai aplikasi pihak ketiga yang termasuk WhatsApp Video Call dan banyak lagi.
Magic 🪄 Portal 2.0
Selain itu, Magic7 Pro juga akan membawakan ciri Magic Portal 2.0 yang menambahbaik ciri yang pertama kali diperkenalkan pada Magic6 Pro.
Magic Portal 2.0 adalah satu ciri yang mempunyai kebolehan yang tidak terbatas, anda boleh menggunakanya untuk melakukan pelbagai tugas dengan lebih mudah dan pantas seperti ‘Drag to Shop’, ‘Drag to Navigation’, ‘Drag to Share’, ‘Drag to Email’, ‘Drag to Search’ dan ‘Drag to Parallel Space’.
Ciri-Ciri AI terbaharu demgan Magic7 Pro
HONOR meneruskan lagi penambahbaikan ciri AI dengan beberapa ciri baharu yang pasti memudahkan lagi kehidupan pengguna tidak kira untuk kerja rasmi atau bersosial.
Untuk ini, Magic7 Pro akan dilengkapi ciri seperti berikut :
Al Summary (Al Notes) – Ianya boleh meringkaskan artikel yang panjang dengan pantas dan membolehkan anda memahami perkara utama dalam beberapa saat.
Al Minutes (Al Notes) – Ciri ini akan menyalin dan meringkaskan rakaman mesyuarat, temu bual atau ucapan secara automatik.
AI Format (AI Notes ) – Format ringkasan mesyuarat, temu bual dan ucapan mengikut gaya yang berbeza.
Interpreter & Face to Face (Al Translate) – Ciri ini menyokong sehingga 13 bahasa yang termasuk Bahasa Malaysia, Korea, Jepun dan Kantonis.
Magic Avatar – Cipta watak maya anda sendiri yang disegerakkan dengan status anda dan berinteraksi dengan anda. Ianya juga boleh ditetapkan sebagai wallpaper yang akan menunjukkan Magic Avatar anda pada pelbagai mood dan cuaca.
Penarafan IP68 & IP69 serta HONOR NanoCrystal Shield
HONOR Magic7 Pro telah menerima penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69 yang bermaksud telefon pintar ini juga sambil melindungi peranti daripada persekitaran yang sangat ekstrim, termasuk tekanan tinggi dan suhu tinggi.
Selain itu, Magic7 Pro juga hadir dengan lapisan gelas keselamatan HONOR NanoCrystal Shield dengan ketahanan yang dipertingkatkan dan 10x ganda lebih kalis jatuhan berbanding gelas biasa.
Nantikan pelancaran rasmi HONOR Magic7 Pro di Malaysia tidak lama lagi