Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro 12.2 mula dijual secara rasmi di Malaysia

HUAWEI MatePad Pro 12.2 mula dijual secara rasmi di Malaysia 1

HUAWEI MatePad Pro 12.2 mula dijual secara rasmi di Malaysia 2

Selepas dibuka untuk pra-tempahan sejak beberapa minggu, HUAWEI telah mengumumkan bahawa tablet premium MatePad Pro 12.2 kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,599.

HUAWEI MatePad Pro terbaru ini hadir dengan skrin paparan dual-layer Tandem OLED PaperMatte berukuran 12.2-inci dengan resolusi 2.8K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksima mencecah 2,000nits.

Selain itu, HUAWEI MatePad Pro ini dikuasakan cip Kirin T91, memiliki 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB serta menjalankan HarmonyOS 4.2.

HUAWEI MatePad Pro 12.2 mula dijual secara rasmi di Malaysia 3

Seterusnya, tablet terbaru HUAWEI ini memiliki bateri 10,100mAh dengan pengecasan 100W SuperCharge yang mampu memberikan 100% pengecasan didalam 55 minit dan Smart Power Conserve memastikan tablet boleh dihidupkan dengan pantas walaupun selepas setahun tidak digunakan.

Dalam pada itu, MatePad Pro ini juga memiliki butang kuasa dengan sensor capjari, 4 pembesar suara HUAWEI Sound, ciri antena 360° dan sokongan M-Pencil dan papan kekuncin dengan teknologi NearLink.

HUAWEI MatePad Pro 12.2 mula dijual secara rasmi di Malaysia 4

HUAWEI MatePad Pro kink tersedia untuk pembelian   didalam warna Premium Gold  pada harga RM 4,599 dan setiap pra-tempahan juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 2,546 yang termasuk HUAWEI M-Pencil 3rd Gen, HUAWEI Sound Joy dan HUAWEI Wireless Mouse

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.