HUAWEI Watch GT 5 Series dilancarkan secara rasmi – Watch Ultimate warna Hijau turut rasmi
HUAWEI secara rasminya telah melancarkan jam tangan HUAWEI Watch GT 5 Series yang lebih mementingkan fesyen, jangka hayat bateri lebih baik dan sistem pengawasan kesihatan yang dikuasakan TruSense.
HUAWEI Watch GT 5 Series ini tampil didalam dua versi iaitu Watch GT 5 dan Watch GT 5 Pro.
HUAWEI Watch GT 5
HUAWEI Watch GT 5 hadir didalam dua saiz iaitu 41mm dengan skrin paparan 1.32-inci dan 46mm yang memiliki skrin paparan 1.43-inci. Chasis Watch GT 5 ini diperbuat daripada 316L stainless steel yang sedikit nipis berbanding generasi sebelum ini dan ianya ditawarkan didalam tali jam besi, kulit, plastik dan woven.
Bagi HUAWEI Watch GT 5 bersaiz 46mm pula, warna Blue adalah warna yang mencuri tumpuan demgan bezel yang menarik.
Watch GT 5 juga mempunyai antena dan algoritma yang dipertingkatkan untuk maklumat kedudukan yang lebih baik – ketepatan laluan meningkat 40%, jarak dan ketepatan kelajuan pula meningkat 30% dan 20%.
Seterusnya, sistem Huawei TruSense menampilkan kadar denyutan jantung dan pengukuran oksigen darah, serta penjejakan tidur. Ciri Kesedaran Pernafasan Tidur daripada siri GT 4 telah ditambah dengan Pengesanan Sleep Apnea.
Jam tangan pintar terbaru HUAWEI ini juga menawarkan penjejakan kesihatan wanita dan pengguna juga boleh merekodkan emosi anda untuk menjejaki kesejahteraan emosi anda.
HUAWEI Watch GT 5 Pro
Huawei Watch GT 5 Pro pula hadir didalam dalam dua saiz iaitu 42mm dan 46mm.
Seperti yang kami nyatakan di atas, model Pro mempunyai chasis seramik titanium dengan unsur seramik putih. Ia juga memiliki lapisan kaca sapphire pada skrin.
Selain itu, Watch GT 5 Pro juga menawarkan sokongan bacaan ECG, ketepatan GPS yang dipertingkatkan dikaitkan dengan fokus baharu pada pengalaman berlari dan berbasikal yang unggul.
Seterusnya, Watch GT 5 Pro turut membawakan sokongan peta offline dengan pratonton laluan, yang menganggarkan perubahan ketinggian dan menunjukkan butiran rupa bumi. Terdapat juga arahan masa nyata, termasuk navigasi berasaskan segmen dan makluman luar kursus.
Bukan itu sahaja, ianya juga menawarkan lebih 100 mod senaman. Model Pro juga membawakan ciri Free Dive dengan rintangan air hingga 40m (130 kaki) dengan pengesanan kedalaman dan peringatan.
Jam tangan ini juga diberi penarafan IP69K untuk ketahanan terhadap jet air panas dan menawarkan ketahanan tinggi terhadap kakisan air garam dengan salutan khas ‘nano-film’ pada chasis.
Selain iu, Watch GT 5 Pro juga mempunyai ciri pemetaan yang lebih baik, termasuk peta topografi dengan garis kontur pada selang 10m (di luarChina).
Dalam pada itu, pemain golf mungkin meminati jam tangan ini kerana terdapat 15,000+ peta golf tersedia dengan pratonton 3D dan arah yang tepat. Anda boleh menggunakan kad skor terbina dalam untuk menyimpan rekod. Ciri golf ini akan tersedia di 69 negara pada akhir bulan ini.
Huawei Watch GT 5 dan GT 5 Pro akan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih baik. Watch GT (41mm dan 42mm) akan bertahan selama 5 hari dengan Awlays On dan sehingga 7 hari dengan penggunaan biasa.
Watch GT 5 Pro (46mm) menawarkan jangka hayat bateri selama 9 hari dengan AOD dan sehingga 14 hari dengan penggunaan biasa. Watch GT 5 Pro juga menyokong pengecasan tanpa wayar dan boleh dicas sepenuhnya dalam masa 60 minit sahaja.
HUAWEI Watch Ultimate – Green
HUAWEI Watch Ultimate yang dilancarkan pada tahun lalu didalam warna Blue dan Black kini ditawarkan didalam warna Green.
HUAWEI Watch Ultimate ini didatangkan dengan bezel seramik nano dwi warna yang mengelilingi kaca kristal sapphire dan yang pertama menggunakan logam cecair berasaskan Zirkonium.
Selain itu, pemilihan tali jam tangan juga diperluaskan termasuk yang hijau dengan reka bentuk tali tenunan, getah HNBR dan titanium premium.
HUAWEI Watch GT 5 Series dan HUAWEI Watch Ultimate akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 26 September ini.