Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate XT Ultimate diumumkan secara rasmi – peranti foldable tri-fold pertama didunia

HUAWEI Mate XT Ultimate diumumkan secara rasmi - peranti foldable tri-fold pertama didunia 1

HUAWEI Mate XT Ultimate diumumkan secara rasmi - peranti foldable tri-fold pertama didunia 2

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar tri-fold pertama didunia iaitu HUAWEI Mate XT Ultimate.

HUAWEI Mate XT Ultimate mampu menawarkan akan skrin paparan bersaiz 10.2-inci apabila kedua-dua lipatan dibuka atau 7.9-inci apabila bahagian kiri dilipat dan menjadi 6.4-inci apabila kedua-duanya dilipat.

HUAWEI Mate XT Ultimate diumumkan secara rasmi - peranti foldable tri-fold pertama didunia 3

Walaupun memiliki reka bentuk yang kompleks, HUAWEI Mate XT Ultimate mempunyai ketebalan hanya  3.6 mm dengan beratnya sekitar 298 gram.

Selain itu, Mate XT Ultimate  secara teknikalnya memiliki satu skrin iaitu panel LTPO OLED yang fleksibel dengan kadar segar semula 120 Hz yang menyokong 10 bilion warna. Resolusi penuh adalah 3,184 x 2,232 piksel, yang boleh dilaraskan ke 2,232 x 2,048 piksel dan 2,232 x 1,008 piksel bergantung pada konfigurasi lipatan.

HUAWEI Mate XT Ultimate diumumkan secara rasmi - peranti foldable tri-fold pertama didunia 4

Seterusnya, Mate XT Ultimate ini menampilkan sensor kamera utama 50MP dengan PDAF dan OIS dan variable aperture antara f/1.4-f/4.0. Ianya juga memiliki sensor telefoto 12MP yang menawarkan 5.5x zoom optikal dan sensor ultrawide 12MP serta pemfokusan auto laser. Terdapat juga kamera selfie 8MP.

Dalam pada itu, HUAWEI tidak mendedahkan jenis cipset yang digunakan namun ianya memiliki 16GB RAM dan HarmonyOS 4.2 yang merupakan sistem berasaskab Android Open Source Project (AOSP) tanpa Google services.

HUAWEI Mate XT Ultimate diumumkan secara rasmi - peranti foldable tri-fold pertama didunia 5

Selain itu, Mate XT Ultimate juga memiliki bateri terdiri daripada tiga sel komposit silikon-karbida  berkapasiti 5,600 mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 66W, pengecasan tanpa wayar 50W, dan pengecasan  berbalik (berwayar dan tanpa wayar).

Akhir sekali, HUAWEI Mate XT Ultimate akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna Black atau Red dengan aksen emas  di engsel, sisi dan kamera. Harga jualan bermula dari CNY 19,999 (RM 12,190).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.