Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11.5 S akan ditawarkan mulai 23 Ogos ini – RM 1,799

HUAWEI MatePad 11.5 S akan ditawarkan mulai 23 Ogos ini - RM 1,799 1

HUAWEI MatePad 11.5 S akan ditawarkan mulai 23 Ogos ini - RM 1,799 2

HUAWEI Malaysia telah mengumumkan bahawa HUAWEI MatePad 11.5 S akan mula ditawarkan di Malaysia dari 23 Ogos ini.

HUAWEI MatePad 11.5 S akan ditawarkan mulai 23 Ogos ini - RM 1,799 3

Selain daripada perbezaan skrin, HUAWEI MatePad 11.5 S ini tampil dengan spesifikasi yang sama seperti versi biasa iaitu skrin paparan TFT LCD berukuran 11.5-inci dengan resolusi 2.8K dan sokongan kadar segar semula 144Hz, cip Kirin 9000WL , 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan sistem operasi HarmonyOS.

HUAWEI MatePad 11.5 S akan ditawarkan mulai 23 Ogos ini - RM 1,799 4

Selain itu, HUAWEI MatePad 11.5 S ini juga menawarkan sokongan HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dengan teknologi NearLink. Tablet ini juga menawarkan ciri seperti SuperHub, SuperDevice dengan HarmonyOS dan Histen 8.0 quad-speaker. 

Seterusnya, MatePad 11.5 S  ini juga memiliki kamera 13MP dibahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP. Tablet ini juga memiliki bateri 8,800mAh bersama sokongan pengecasan pantas 22.5W.

HUAWEI MatePad 11.5 S akan ditawarkan mulai 23 Ogos ini - RM 1,799 5

HUAWEI MatePad 11.5 S ini ditawarkan didalam dua warna iaitu Violet dan Space Grey pada harga RM 1,799 mulai 23 Ogos ini. Setiap pembelian juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 699 dan anda juga boleh mendapatkan tambahan rebat baucar bernilai RM200 sekarang di Huawei online store.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.