Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

100,000 unit CMF Phone 1 berjaya dijual dalam masa 3 jam pertama

100,000 unit CMF Phone 1 berjaya dijual dalam masa 3 jam pertama 1

100,000 unit CMF Phone 1 berjaya dijual dalam masa 3 jam pertama 2

CMF Phone 1 daripada Nothing telah diperkenalkan secara rasmi minggu lalu dan syarikat ini telah mengumumkan bahawa sebanyam 100,000 unit telefon pintar ini berjaya dijual didalam masa 3 jam selepas jualan dibuka.

Sebagai perbandingan, Nothing Phone (2a) yang dilancarkan pada bulan Mac yang lalu memerlukan 24 jam untuk mencapai jumlah jualan yang sama.

CMF Phone 1 hadir ke pasaran dengan gandingan unik ciri-ciri asas dengan tahap kebolehsesuaian yang tinggi – anda boleh menukar penutup belakang, dan juga melampirkan aksesori seperti lanyard dan slot kad. Nothing juga telah mengeluarkan dokumentasi yang membolehkan sesiapa sahaja mencetak belakang panel belakang 3D mereka yang tersendiri.

100,000 unit CMF Phone 1 berjaya dijual dalam masa 3 jam pertama 3

CMF Phone 1 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 iaitu bagi versi 8/256GB mulai 15 Julai ini di stor  Shopee CMF by Nothing Official Store dan Lazada CMF by Nothing Flagship Store

Berikut adalah harga aksesori CMF Phone 1 :

– Case (Black, Orange, Light Green, Blue) – RM 99

– Stand – RM 59

– Lanyard – RM 59

– Card Case – RM 59

CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2 turut dilancarkan – dari RM 299 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.