Kedai DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia dibuka di Suria KLCC
DJI, dan Hasselblad telah mengumumkan pembukaan rasmi kedai . Kedai ini menawarkan pelbagai barisan produk yang lengkap sambil menikmati galeri karya terulung Hasselblad.
kedai DJI | Hasselblad Experience kini dibuka untuk pengunjung dan peminat di Lot 117, Tingkat 1 bertempat di Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC,
Menampilkan paparan produk premium yang diatur dengan teliti, kedai ini merupakan kolaborasi modeniti dan perpaduan Kuala Lumpur dalam teknologi dan seni. Setiap pengunjung boleh merasai pengalaman ke alam fotografi teknologi tinggi dan meneroka produk fotografi yang berkualiti tinggi secara langsung.
Kedai ini menampilkan kamera terkini Hasselblad, termasuk 907X 100C, kamera digital tanpa cermin format sederhana (Mirrorless Medium Format) yang menggabungkan reka bentuk vintage dengan prestasi moden; X2D 100C, yang terkenal dengan kualiti imej yang luar biasa dan julat dinamiknya; serta edisi terhad 907X 50C 80th Anniversary Edition, yang meraikan warisan unik untuk Hasselblad.
Selain itu, kedai ini mempamerkan inovasi terkini DJI, termasuk DJI Osmo Pocket 3, kamera gimbal genggam kompak berkuasa tinggi; dan DJI Avata 2, dron canggih yang direka untuk pengalaman udara yang langsung.
Majlis pembukaan yang menjadi sambutan ini didatangkan dengan diskaun sebanyak 5% untuk sesetengah produk, pertunjukan tarian singa, dan demonstrasi dron secara langsung.
Barisan yang panjang dapat dilihat sejurus kedai dibuka seawal 10 pagi telah menjadi bukti bahawa DJI dan Hasselblad mempunyai tempat yang istimewa bagi rakyat di Malaysia.
Selain itu, bagi meraikan majlis pembukaan DJI | Hasselblad KLCC Experience Store, kempen “Snap and Win” dilancarkan bermula dari 25 Jun sehingga 1 Julai.
Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu mengunjungi stor ini, mengambil gambar, mengikuti dan menanda @DJI.Malaysia dan @Hasselblad.MY di halaman Facebook & Instagram, serta membuat posting di media sosial mereka dengan menggunakan tanda pagar (hashtag) #DJIXHASSELBLADKLCC.
Satu pemenang bertuah akan dipilih untuk menerim sebuah DJI Osmo Mobile 6 bernilai RM 639.