Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CMF Phone 1 akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai ini

CMF Phone 1 akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai ini 1

CMF Phone 1 akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai ini 2

CMF by Nothing secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar pertama syarikat ini iaitu CMF Phone 1 akan dilancarkan pada 8 Julai ini.

CMF Phone 1 adalah telefon pintar yang memfokuskan kepada rekaan telefon pintar, sesuatu yang sering diabaikan oleh pengeluar bagi telefon pintar segmen ini.

Dalam pada itu, antara spesifikasi yang dikatakan akan dimiliki oleh CMF Phone 1 ini adalah skrin 6.7-inci 120Hz OLED , cip Dimensity 7200 SoC, 6GB RAM dan storan dalaman 128 atau 256GB . Ianya akan turut memiliki sensor utama 50MP , sensor ultrawide 50MP dan kamera selfie 16MP.

Selain CMF Phone 1, CMF by Nothing juga akan melancarkan Watch Pro 2 dan Buds Pro 2 yang merupakan produk generasi kedua pertama syarikat ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.