Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 200 Series akan dilancarkan pada 19 Jun ini – pra-tempahan bagi versi Pro kini dibuka

HONOR 200 Series akan dilancarkan pada 19 Jun ini - pra-tempahan bagi versi Pro kini dibuka 1

HONOR 200 Series akan dilancarkan pada 19 Jun ini - pra-tempahan bagi versi Pro kini dibuka 2

HONOR Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa  telefon pintar Flagship Estetik AI HONOR 200 Series yang dinanti-nantikan akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada 19 Jun 2024. Buat julung kali, varian Pro daripada HONOR 200 Series ini juga akan tersedia untuk pasaran Malaysia.

Dengan menggabungkan rekaan yang mengagumkan serta keupayaan AI yang tiada seumpamanya sebelum ini, HONOR 200 Series sedia untuk membawakan pengalaman mudah alih pengguna ke tahap yang lebih tinggi. Menjelang pelancaran rasmi, HONOR menawarkan kini telah membuka pra-tempahan istimewa Early Bird Special untuk HONOR 200 Pro.

Tawaran istimewa Early Bird Special HONOR 200 Pro di Malaysia kini dibuka bagi HONOR 200 Pro dan jadilah antara yang pertama untuk memiliki peranti ini menerusi tawaran Istimewa Early Bird Special! Tawaran ini eksklusif untuk versi Pro sahaja dan bermula dari 10 Jun sehingga 18 Jun 2024.

Bagi menempah HONOR 200 Pro, anda hanya perlu bayar deposit sebanyak RM20. Selain itu, anda juga akan menerima hadiah percuma menarik bernilai RM1,377 selepas membuat pembayaran penuh, termasuk:

• Rebat RM200 (Termasuk deposit RM20)

• HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand

• HONOR Earbuds X6

• Penggantian Skrin Retak & Panel Belakang 365 Hari

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran istimewa Early Bird Special HONOR 200 Pro, sila layari laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/shop/new-launch/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.