Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CMF Phone 1 disahkan akan dilancarkan – fokus utama pada rekaan

CMF Phone 1 disahkan akan dilancarkan - fokus utama pada rekaan 1

CMF Phone 1 disahkan akan dilancarkan - fokus utama pada rekaan 2

CMF by Nothing secara rasminya telah mengesahkan kewujudan telefon pintar pertama syarikat ini yang akan dikenali sebagai CMF Phone 1.

Selain itu, CMF by Nothing juga mengesahkan bahawa CMF Phone 1 akan memfokuskan kepada rekaan telefon pintar, sesuatu yang sering diabaikan oleh pengeluar bagi telefon pintar segmen ini.

Selain pengesahan rasmi ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi atau tarikh pelancaran CMF didedahkan namun terdapat ura-ura telefon pintar ini akan dilancarkan pada bulan Julai.

CMF Phone 1 disahkan akan dilancarkan - fokus utama pada rekaan 3

Dalam pada itu, antara spesifikasi yang dikatakan akan dimiliki oleh CMF Phone 1 ini adalah skrin 6.7-inci 120Hz OLED , cip Dimensity 7200 SoC, 6GB RAM dan storan dalaman 128 atau 256GB . Ianya akan turut memiliki sensor utama 50MP , sensor ultrawide 50MP dan kamera selfie 16MP.

Segala persoalan mengenai CMF Phone 1 akan terjawab pada pelancaran rasmi yang dijangka akan berlangsung bulan hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.