Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 200 Pro – telefon pintar midrange pertama untuk membawakan teknologi AI gred flagship

HONOR 200 Series yang dilancarkan di pasaran China beberapa minggu lalu telah disahkan akan memasuki pasaran global pada 20 Jun ini.

Lebih penting, pihak HONOR Malaysia juga telah mengesahkan HONOR 200 Series akan memasuki pasaran tempatan dan buat pertama kali versi ‘Pro’ telefon pintar Number Series HONOR akan turut dilancarkan.

HONOR 200 Pro adalah telefon pintar kelas midrange premium yang membawakan beberapa teknologi gred flagship yang diwarisi terus dari HONOR Magic6 Pro.

Selain itu, HONOR 200 Pro juga merupakan telefon pintar midrange pertama untuk membawakan teknologi AI yang lebih mendalam yang kebiasaanya ditawarkan pada telefon pintar premium.

Berikut adalah teknologi AI yang akan ditawarkan pada HONOR 200 Pro :

HONOR 200 Pro akan dikuasakan MagicOS 8.0 yang menerapkan pelbagai ciri AI seperti berikut :

1. Magic Portal

Magic Portal  merupakan ciri yang dikuasakan oleh AI bagi memahami mesej dan tingkah laku pengguna. Ciri ini mengubah tugas kompleks menjadi ringkas dengan hanya satu langkah.

IMG_2033-1024x768.jpeg

Sebagai contoh, Magic Portal membolehkan ada meleretkan apa sahaja imej atau teks yang dipaparkan pada skrin ke dalam portal ini dan menggunakanya pada aplikasi yang dipra-tetap. Jika imej tersebut tidak boleh dipilih anda juga boleh lakukan screenshot.

Antara senario kegunaan ini adalah, AI Magic Portal segera mengecam alamat dalam mesej teks dan membawa pengguna terus ke Google Maps untuk navigasi mudah. Bagi media sosial seperti TikTok, Instagram, X dan Facebook, Magic Portal juga memudahkan akses dan perkongsian imej merentasi platform.

2. AI Nature Tone 2.0

HONOR 200 Pro menampilkan paparan Pro yang memiliki  teknologi perlindungan mata termaju yang mengutamakan keselesaan & kesihatan anda.

Salah satu daripada ciri ini adalah AI Nature Tone 2.0 yang memastikan skrin sentiasa mengimbas keadaan persekitaran seterusnya menetapkan tona warna yang sesuai untuk pengalaman skrin yang konsisten dan selesa.

Kesemua ini akan berlaku secara automatik melalui ciri AI Nature 2.0 yang tersedia pada HONOR 200 Pro.

3. AI Blur Private Info

AI Blur Private Info secara asasnya memastikan anda tidak berkongsi sebarang maklumat sensitif seperti nama, kata laluan, nombor kenalan dengan menggaburkan maklumat peribadi  secara automatik melalui menu Share.

Anda hanya perlu menekan ikon Blur Private Info dan AI akan mengimbas imej tersebut sebelum menggaburkan maklumat peribadi yang ada. Anda juga boleh menggaburkan sesuatu bahagian pada gambar tersebut secara manual sebelum dikongsikan.

4. AI Motion Sensing Capture

HONOR 200 Pro juga membawakan ciri fotografi AI Motion Sensing yang membolehkan kamera mengambil gambar secara automatik pada detik-detik yang memerlukan ketikan pantas jari anda.

ciri ini adalah sangat berguna bagi mengambil gambar yang memberi impak pada acara sukan seperti bola keranjang dan perlumbaan dengan ciri Motion Sensing Capture yang mengambil gambar secara automatik dengan hasil yang menarik tanpa sebarang ‘blur’.

5. Smart Folder & Magic Capsule

HONOR 200 Pro juga hadir dengan  ciri baharu Magic Capsule yang memaparkan animasi notifikasi pada sekeling kamera selfie.

Hanya dengan menyentuh pada banner notifikasi pada bahagian atas skrin akan membesarkan Magic Capsule, seterusnya memaparkan maklumat tambahan dan pilihan berkaitan. Ciri ini membolehkan pengguna mengakses maklumat penting tanpa perlu melayari beberapa aplikasi, sekaligus meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Dalam pada itu, Smart Folder pula membolehkan anda mengakses pintasan pantas ke sesuatu tugas didalam aplikasi tanpa perlu membuka aplikasi tersebut terlebih dahulu. Anda hanya perlu menekan aplikasi pada Home Screen untuk melihat pintasan tugas melalui ciri Smart Folder ini.

Kesemua ciri AI Honor 200 Pro ini sudah pastinya akan memudahkan pengguna dari segi pelbagai aspek namun AI ini tidak terbatas pada ciri-ciri seperti di atas malah turut diterapkan didalam fotografi potret dengan teknologi HONOR AI Portrait Engine berinovatif yang direka hasil kolaborasi bersama Studio Harcourt yang berpangkalan di Paris.

Studio Harcourt amat dikenali dengan kepakaran mereka dalam teknik cahaya dan bayang yang hebat untuk penggambaran potret.

Pra-tempah HONOR 200 Pro sekarang!

 Pra-tempah HONOR 200 Pro sekarang dengan hanya membayar deposit sebanyak RM20. Selain itu, anda juga akan menerima hadiah percuma menarik bernilai RM1,377 selepas membuat pembayaran penuh, termasuk:

• Rebat RM200 (Termasuk deposit RM20)

• HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand

• HONOR Earbuds X6

• Penggantian Skrin Retak & Panel Belakang 365 Hari

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran istimewa Early Bird Special HONOR 200 Pro, sila layari laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/shop/new-launch/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.