ASUS ROG Ally X dilancarkan – lebih RAM dan storan serta bateri 2 kali ganda lebih besar
Asus secara rasminya telah melancarkan terbaru konsol gaming mudah alih syarikat ini iaitu Asus ROG Ally X yang beroperasi pada Windows 11 .
Dalam pada itu, Asus ROG Ally X memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 7-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 500nits.
ROG Ally X ini masih ditawarkan dengan cipset AMD Ryzen Z1 Extreme namun kini menawarkan 24GB RAM LPDDR5X-7500, storan dalaman SSD PCLe Gen4 M.2 berkapasiti 1TB dan sokongan external GPU
Bercakap mengenai bateri, ROG Ally X juga memiliki bateri 80Wh iaitu dua kali ganda kapasiti berbanding berbanding ROG Ally bersama adapter pengecasan PD 65W , dwi-kipas dan paip tembaga untuk penyejukan.
Selain itu, disebabkan kapasiti bateri yang lebih besar , ROG Ally X menampilkan kipas penyejuk yang 23% lebih kecil, tetapi menggunakan bilah kipas 50% lebih nipis untuk meningkatkan aliran udara. penyelesaian terma baharu ini menawarkan 24% lebih isipadu udara untuk ditolak ke peranti, menyejukkan bukan sahaja komponen dalaman tetapi juga skrin paparan, yang mana ianya adalah sehingga 6°C lebih sejuk untuk penggunaan jangka panjang yang lebih selesa.
ROG Ally X kini ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga $799 (RM 3,785) didalam warna hitam. Harga dan maklumat pelancaran di Malaysia masih belum diumumukan.