Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Fiesta Hari Jadi Ke-2 TikTok Shop akan berlangsung dari 3 hingga 6 Jun ini – rebut tawaran bernilai RM 6 juta

Fiesta Hari Jadi Ke-2 TikTok Shop akan berlangsung dari 3 hingga 6 Jun ini - rebut tawaran bernilai RM 6 juta 1

Fiesta Hari Jadi Ke-2 TikTok Shop akan berlangsung dari 3 hingga 6 Jun ini - rebut tawaran bernilai RM 6 juta 2

TikTok Shop menyemarakkan sambutan hari jadi keduanya dengan pelbagai acara dalam dan luar talian bagi menyokong komuniti penjual, serta menzahirkan penghargaan terhadap para pengguna yang telah menjadikan TikTok Shop sebagai platform ‘shoppertainment’ kegemaran mereka.

Fiesta Hari Jadi Ke-2 TikTok Shop akan berlangsung dari 3 hingga 6 Jun ini - rebut tawaran bernilai RM 6 juta 3

Sambutan itu akan bermula secara rasmi dari 3 hingga 7 Jun 2024, di mana penjual boleh menikmati pelbagai tawaran, diskaun dan hadiah hebat. Ini termasuk penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, tawaran berjumlah RM6 juta untuk direbut, dan peluang memenangi salah satu daripada enam hadiah harian apabila pembeli menyertai cabaran tanda pagar 6.6 (#TikTokShop66FiestaHariJadi).

Pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa seperti Armila, Cosrx, Zucca, Sawanah Koko, Skintific dan sebagainya turut mengambil bahagian dalam sambutan hari jad ini.

Fiesta Hari Jadi Ke-2 TikTok Shop akan berlangsung dari 3 hingga 6 Jun ini - rebut tawaran bernilai RM 6 juta 4

Sesi penstriman istimewa

Dengan berpegang teguh kepada konsep ‘shoppertainment’ yang menyeronokkan, TikTok Shop akan strim ‘ Fiesta Hari Jadi TikTok Shop 6.6 ’ secara langsung pada 5 Jun (Rabu) dari jam 9 malam hingga 11 malam di TikTokShop_MY dan saluran YouTube TV3.

Sesi penstriman dua jam secara langsung itu akan menyajikan hiburan yang berterusan daripada artis dan pencipta konten tempatan yang sedang melonjak naik di TikTok seperti Haziq, Nani, Syamel, Imranbard, Ceddy dan sebagainya.

Selain sesi penstriman tersebut, TikTok Shop juga akan mengadakan satu siri penstriman setiap hari daripada pencipta dan penjual yang popular sepanjang tempoh kempen. Semasa sesi penstriman, penonton boleh menikmati demonstrasi produk secara langsung, tawaran eksklusif, dan kandungan di sebalik tabir daripada jenama dan pencipta kegemaran mereka.

Lebih kemeriahan menanti anda!

Bagi merancakkan sambutan, TikTok Shop juga bekerjasama dengan Sunway Pyramid untuk menganjurkan satu acara fizikal dari 6 hingga 9 Jun 2024 yang berlangsung di Orange Concourse. Ia menjanjikan pengalaman mengujakan buat semua dengan pelbagai aktiviti menarik, baucar eksklusif dan hadiah untuk dimenangi.

Pencipta konten kegemaran anda seperti Khairul Aming, Rahman Chea dan Noreen juga akan berada di lokasi acara bagi memeriahkan sambutan bersama TikTok Shop.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.