Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 6T kini rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3

 

realme secara rasminya telah memperkenalkan realme GT 6T  yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 dengan spesifikasi yang sama seperti GT Neo6 SE namun dibezakan dengan kelajuan pengecasan sahaja.

realme GT 6T adalah model pertama GT Series di pasaran antarabangsa selepas 2 tahun tidak dilancarkan.

realme GT 6T hadir dengan skrin paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 2780 x 1264 dan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima sehingga 6,000nits. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Victus 2. 

Bersama cipset terbaru Snapdragon ini, GT 6T tampil dengan kapasiti sehingga 12GB RAM dan storan  512GB.

Beralih ke kamera, realme GT 6T  memiliki sensor utama 50MP Sony LYT-600, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya,realme GT 6T juga tampil dengan bateri 5,500mAh bersama pengecasan pantas 120W dan antaramuka realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14 serta jaminan 3 kemaskini Android dan 4 kemaskini OS.

realme GT 6T akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Fluid Silver dan Razor Green pada harga yang bermula dari INR 30,999 (RM 1,753).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.