Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Android 15 Beta 2 kini ditawarkan kepada pelbagai peranti – membawakan ciri Private Space

Google secara rasminya telah mengumumkan penawaran Android 15 Beta 2 yang membawakan ciri Private Space.

Private Space secara asasnya adalah satu ruang peribadi berasingan pada telefon pintar yang membolehkan anda menyimpan fail dan data peribadi tanpa boleh diakses oleh orang lain. Ianya akan mempunyai kata laluan atau pengesahan biometrik untuk mengakses Private Space ini.

Selain itu, Private Space bukan sesuatu yang baharu pada platfrom Android kerana ciri ini telah lama ditawarkan oleh pengeluar melalui sistem operasi mereka seperti Samsung, Oppo dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, dengan Android 15, Private Space akan terbina terus pada OS Google dan ini menjanjikan transisi antara dua ruang yang lebih lancar dan penggunaan bateri yang lebih efisien.

Android 15 Beta 2 kini telah mula ditawarkan kepada pelbagai model telefon pintar, tablet dan peranti foldable daripada pengeluar seperti Honor, iQOO, Lenovo, Nothing, OnePlus, Oppo, Realme, Sharp, Tecno, vivo, dan Xiaomi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.