HUAWEI Pura 70 Ultra dilancarkan dengan sensor 1-inci ‘pop-up’ dan cip Kirin 9010
HUAWEI Pura 70 juga telah menyaksikan pelancaran versi Pura 70 Ultra buat pertama kali didalam sejarah P Series.
Ianya berkongi spesifikasi yang sama seperti Pura 70 Pro+ namun dengan rekaan panel belakang kulit vegan dan kamera utama 1-inci lensa mekanikal yang akan keluar dari rangka apabila digunakan. Ini memberikan profil rekaan yang lebih nipis dan ianya mempunyai ketahanan sehingga 300,000 kitaran.
HUAWEI Pura 70 Ultra memiliki sensor utama 50MP yang mempunyai aperture fizikal boleh ubah f/1.6 – 4.0 dan XD Motion, sensor telefoto 50MP f/2.1 dengan OIS dan 3.5x zoom yang turut menawarkan fungsi makro pada jarak sedekat 5cm. Kamera ultrawide adalah 40MP dan AI turut memainkan peranan dengan ciri seperti photo cloud enhancement.
Dalam pada itu, spesifikasi lain Pura 70 Ultra adalah skrin quad-curved LTPO OLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ianya menawarkan kecerahan sehingga 2,500 nits, kamera selfie 13MP, sensor capjari dalam skrin dan dilapisi gelas keselamatan Kunlun Glass generasi baharu.
Selain itu, Pura 70 Ultra juga hadir dengan cip Kirin 9010 yang merupakan cip octa-core – 1x 2.3 GHz + 3x 2.18 GHz + 4x 1.55 GHz, komunikasi dual satelit, penarafan IP68, bateri 5,200mAh dengan pengecasan 100W, pengecasan tanpa wayar 80W dan 20W reverse charging serta HarmonyOS 4.2
Huawei Pura 70 Ultra tampil didalam warna Chanson green, Mocha brown, Starburst white dan Star black pada harga dari CNY 9,999 (RM 6,602).