Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE 40 Series edisi khas MLBB Martis akan dilancarkan pada 10 April ini

 

Infinix secara rasminya telah mengumumkan pelancaran NOTE 40 Series terbarunya yang tampil dengan pembungkusan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) baharu yang menampilkan wira yang disegani, Martis.

Edisi Khas NOTE 40 Series  akan dilancarkan pada 10 April. Inisiatif ini berjanji untuk merevolusikan landskap permainan, membawa kepada era baharu pengalaman permainan yang mengasyikkan melalui ciri termaju dalam NOTE 40 Series untuk Xfans di seluruh negara.

Terkenal dengan ciri-ciri canggih dan prestasi yang tiada tandingannya, NOTE 40 Series ditetapkan untuk mentakrifkan semula permainan. Menyerlahkan kehebatannya ialah teknologi all-around fast charge 2.0 dan bypass charging 2.0 yang menyeluruh, membolehkan pengecasan pantas dan permainan tanpa gangguan sambil mengekalkan hayat bateri.

Dalam pada itu, Infinix telah mengumumkan bahawa NOTE 40 Series akan menerima 2 kemaskini Android dan, Infinix turut  melanjutkan komitmen ini ke semua model NOTE 40 Series yang termasuk model NOTE 40 dan NOTE 40 Pro 5G yang terdapat di Malaysia.

Bagi yang berminat, anda kini boleh mendapatkan Infinix NOTE 40 pada RM898 manakala NOTE 40 Pro 5G ditawarkan pada harga RM1,098. Dapatkannya sekarang melalui platform e-dagang rasmi Infinix, termasuk Shopee, Lazada, TikTok Shop serta pengedar rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.