Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Band 9 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 219

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan jam kecergasan terbaru syarikat ini iaitu Huawei Band 9 pada  harga RM 219 sahaja.

Huawei Band 9 tampil dengan rekaan yang sangat ringan dengan skrin AMOLED 1.47″ dengan kombinasi lebih 10,000 jenis watch faces.

Selain itu, Band 9 juga tampil dengan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan seperti Huawei TruSleep 4.0, Huawei TruSeen 5.5 untuk bacaan degupan jantung dan SpO2 yang lebih tepat, menawarkan bacaan analitik lebih 100 aktiviti kecergasan melalui teknologi HUAWEI TruSport dan bateri yang tahan sehingga 2 minggu dengan pengecasan penuh (45 minit).

HUAWEI Band 9 akan ditawarkan didalam beberapa tali jam seperti Fluoroelastomer dan Antibacterial Nylon Yarn yang selesa untuk dipakai sepanjang hari pada harga RM 219.

Dalam pada itu, Huawei Band 9 turut boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.