Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 12s dan nova 12 SE kini rasmi di Malaysia – dari RM 1,499

HUAWEI secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar HUAWEI nova 12 Series untuk pasaran Malaysia.

nova 12 Series akan ditawarkan didalam dua model iaitu nova 12s dan nova 12 SE.

nova 12s

HUAWEI nova 12s hadir dengan skrin paparan flat Flawless OLED berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz, dikuasakan cip Snapdragon 778G, 8GB RAM dan storan 256GB.

Selain itu, nova 12s juga hadir dengan sensor utama RRYB 50MP bersama sensor ultrawide macro 8MP dan sensor suhu warna 10 saluran serta pemfokusan laser. Ianya juga memiliki kamera selfie ultrawide potrait 60MP.

nova 12s juga memiliki sistem dual-speaker, bateri 4,000mAh pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge Turbo 2.0 66W, nova gaming engine dan EMUI 14.

Akhir sekali, HUAWEI nova 12s akan ditawarkan pada harga RM 1,999 didalam tiga warna iaitu Blue, White dan Black. Pra-tempahan akan dibuka mulai 25 Mac sehingga 12 April 2024 dengan setiap pra-tempahan akan turut menerima Watch GT SE 3 dan Leisure Moments Gift Package.

HUAWEI nova 12 SE

HUAWEI nova 12 SE tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci dengan kadar segar semula 90H (1.07 bilion warna, cip Snapdragon 680, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

nova 12SE memiliki sensor utama 108MP, sensor ultrawide 112° 8MP dan sensor makro 2MP.  kamera selfie adalah 32MP

Selain itu, HUAWEI nova 12 SE juga hadir dengan bateri 4,500mAh bersama pengecasan 66W HUAWEI SuperCharge Turbo 2.0, dan EMUI 14.

Akhir sekali, HUAWEI nova 12 SE akan ditawarkan pada harga RM 1,499 didalam dua warna iaitu Green dan Black. Pra-tempahan akan dibuka mulai 25 Mac sehingga 5 April 2024 dengan setiap pra-tempahan akan turut menerima Band 8 dan Leisure Moments Gift Package.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.