Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Nothing Phone (2a) – Penanda aras baharu untuk pasaran Midrange

Pengenalan

Jenama teknologi yang diasaskan oleh Carl Pei iaitu Nothing baru-baru ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Nothing Phone (2a) namun menariknya, sejarah Nothing Phone (2a) bermula sejak syarikat ini tertubuh pada tahun 2020.

Menariknya, Nothing Phone (2a) telah merealisasikan reka bentuk konsep pertama Nothing dari awal kewujudan syarikat itu pada tahun 2020.

Seperti telefon pintar Nothing yang lain, Nothing Phone (2a) juga tampil dengan kotak pembungkusan yang unik, cable USB-C berjenama Nothing, pin ejector dan risalah manual pengguna.

Selain keunikan rekaan, Nothing juga harus diberikan pujian untuk pendekatan syarikat ini yang mementingkan antarmuka mereka yang tersendiri iaitu Nothing OS 2.5 yang sangat bergaya dan tidak lupa juga Glyph interface.

Tanpa melengahkan masa, jom kita menerokai kehebatan dan kekurangan (jika ada) didalam ulasan Nothing Phone (2a) yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,699.

Nothing Phone (2a) Malaysia

Reka Bentuk

Nothing Phone (2a) adalah sebuah telefon pintar unik malah boleh dikatakan lebih unik daripada dua model telefon pintar Nothing yang dikeluarkan sebelum ini.

dengan menyepadukan komponen telefon ke dalam reka bentuk luarannya, Nothing Phone (2a), tampil dengan modul kamera di dalam gegelung NFC dan syarikat ini menamakanya sebagai ‘the eyes’.

Dalam pada itu, bahagian atas Phone (2a) telah direka bentuk dengan kamera sebagai pusat dengan menggunakan sistem grid bulat. Ianya dipanjangkan sehingga ke sisi peranti untuk sudut yang lebih bulat, yang memberikan rupa dan rasa yang koheren dan lebih lembut kepada peranti.

Bercakap mengenai chasis Phone (2a) ini, Ianya mempunyai kemasan matte yang secocok apabila dipadakan dengan panel belakang lutsinar. Phone (2a) memiliki butang kuasa pada sisi kanan manakala pada sisi kiri terdapat butang kelantangan bunyi.

Agak mengejutkan juga bahawa Nothing memutuskan untuk tidak menyertakan sebarang ciri keselamatan biometrik samada pada skrin atau pada butang kuasa. Ini bermaksud pembukaan peranti adalah melalui tiga ciri keselamatan iaitu Pattern, PIN ataupun kata laluan.

Selain itu, Phone (2a) juga hadir dengan penarafan IP54 dan ukuran dimensi telefon pintar ini mendedahkan telefon pintar ini mempunyai ketebalan 8.55mm dengan berat 190 gram.

Secara keseluruhanya, Nothing masih mengekalkan DNA rekaan yang sinonim dengan syarikat ini dan ini adalah satu cabaran yang berjaya disahut kerana Phone (2a) adalah sebuah telefon pintar yang dilancarkan pada harga lebih rendah.

Skrin Paparan

Nothing Phone (2a) tampil dengan paparan fleksible AMOLED berukuran 6.7-inci yang mampu menawarkan 1.07 bilion warna dengan kecerahan maksima sehingga 1,300 nits yang memastikanya ianya mudah dilihat walaupun pada persekitaran cahaya yang terang.

Dalam pada itu, paparan fleksibel bukan sahaja memastikan setiap bezel simetri, tetapi ia juga berkualiti lebih baik berbanding paparan biasa dari segi ketebalan, ketepatan warna, ketahanan keseluruhan dan jangka hayat prestasi. saiz bezel pada Phone (2a) mempunyai ukuran 2.1mm pada keempat-empat sisi dan ini memberikan nisbah skrin kepad rangka yang tinggi iaitu 91.65%.

Seterusnya, panel ini juga menyokong kadar segar semula 120Hz yang akan tersuai secara dinamik mengikut kandungan yang dipaparkan dan tidak dilupakan kadar PWM Dimming 2160Hz yang merupakan antara kadar tertinggi dipasaran.

Lebih-lebih lagi, Nothing Phone (2a) juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 5.

Pemproses

Dibangunkan secara eksklusif bersama MediaTek, pemproses Dimensity 7200 Pro membolehkan Nothing Phone (2a) tampil dengan  prestasi terbaik bersama penggunaan kuasa yang optimum.

Ianya dibangunkan pada teknologi proses 4nm generasi kedua terbaharu TSMC, pemproses Nothing Phone ( 2a) berkuasa dengan mudah menjalankan sebarang tugas dengan kecekapan kuasa yang tiada tandingan dan kelajuan yang luar biasa.

Ianya juga tampil dengan kapasiti RAM sehingga 20GB (12GB RAM) dengan teknologi RAM Booster yang memastikan multitasking yang pantas dan responsif sepanjang hari. Ini menghasilkan prestasi yang 13% lebih berkuasa daripada Phone (1) dan pada masa yang sama 16% lebih cekap.

Selain itu, Nothing juga telah memperkenalkan ciri perisian khusus untuk cipset ini yang termasuk teknologi Smart Clean, yang membolehkan Phone (2a) membersihkan dan menyusun semula serpihan fail yang tidak tersusun secara kerap – pengoptimuman yang meningkatkan kelajuan baca dan tulis, sehingga dua kali ganda berbanding Phone (1). Ini juga memastikan telefon anda terasa pantas seperti pada hari pertama penggunaan, walaupun selepas bertahun-tahun digunakan.

Dalam pada itu, prestasi tinggi Phone (2a) juga disertakan dengan kawalan haba yang berkesan, Phone (2a) menampilkan sistem penyejukan cecair terkini yang memiliki ruang wap 3,200mm² yang lebih besar membolehkan pelesapan haba yang lebih cepat dengan memindahkannya ke bahagian belakang peranti.

Untuk mempercepatkan lagi proses penyejukan, Nothing telah memperkenalkan bingkai kriogenik yang diperbuat daripada grafit 12,000mm²  yang mana bahan ini mempunyai sifat kekonduksian terma yang unggul, membolehkan peranti melepaskan haba dengan lebih cepat.

Beralih kepada antaramuka, Nothing Phone (2a) hadir dengan Nothing OS 2.5. Tidak seperti kebanyakan telefon pintar dalam segmen ini, ia didatangkan dengan Android 14 bersama komitmen 3 kemaskini Android  dan kemas kini keselamatan 4 tahun.

Selain itu, Nothing mendakwa bahawa Nothing OS 2.5  tampil dengan 155 elemen visual yang direka semula dan ianya juga menampilkan 51 bunyi tersuai dan beberapa aplikasi dan ciri yang dibangunkan sendiri oleh Nothing seperti Aplikasi Weather, Komposer Glyph dan AI Wallpaper Generator.

Kamera

Pada tahun 2024, penggunaan dua sensor kamera dibelakang adalah sangat ‘rare’ khususnya bagi peranti kelas pertengahan dan kelas flagship namun Nothing mahu mengubah presepsi ini dengan menawarkan dua sensor kamera 50MP pada Phone (2a).

Nothing Phone (2a) hadir dengan sensor utama 50MP dengan aperture f/1.8 dan OIS untuk hasil gambar yang sangat memuaskan. Dalam pada itu, sensor ultrawide Phone (2a) juga adalah sensor 50MP dengan 114° FoV untuk hasil gamabr ultrawide yang memuaskan dan setaraf apa yang ditawarkan pada sensor utama.

Dalam pada itu, untuk mendapatkan selfie yang sempurna pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, Phone (2a) telah disertakan dengan kamera selfie 32 MP mana ianya adalah sensor yang sama seperti pada Phone (2), ianya mempunyai 27% lebih kepekaan cahaya berbanding Phone (1).

Selain itu, TrueLens Engine daripada Nothing juga menampilkan rangkaian algoritma fotografi termaju, yang direka untuk menjadikan setiap tangkapan sehampir mungkin dengan kehidupan sebenar. Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah hanya mengambil gambar.

lain-lain ciri kamera yang ditawarkan pada Nothing Phone (2a) ini adalah Ultra XDR, Motion Capture, Night Mode dan Portrait Optimiser.

Berikut adalah hasil gambar dari Nothing Phone (2a) :

Bateri

Nothing Phone (2a) menampilkan kapasiti bateri terbesar pernah ditawarkan pada telefon pintar keluaran syarikat ini iaitu 5,000mAh yang menawarkan sehingga dua hari penggunaan pada satu pengecasan penuh.

Selain itu, Nothing juga mendakwa bahawa jangka hayat bateri pada Phone (2a) adalah lebih 25% berbanding Phone (1) dan ini membolehkan telefon pintar ini mengekalkan lebih 90% kapasiti maksimumnya walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan, bersamaan dengan pengecasan harian selama lebih 3 tahun.

Salah satu sebab Nothing mampu meningkatkan  jangka hayat bateri Phone (2a) adalah dengan pengurangan suhu bateri semasa mengecas dan menyahcas – pengurangan sebanyak 13% berbanding Phone (1).

Dalam pada itu, Phone (2a) menyokong pengecasan pantas 45W, yang memberikan 50% pengecasan  didalam masa 20 minit .

Penutup

Nothing Phone (2a) adalah sebuah telefon pintar yang bergaya dan mampu berkerja untuk anda tanpa sebarang masalah. Ianya juga mempunyai penampilan yang unik selaras dengan DNA Nothing yang mahu mengubah dunia pasaran telefon pintar yang ‘boring’.

Nothing Phone (2a) juga tidak mempunyai harga yang tinggi dan ini juga adalah satu lagi kelebihan telefon pintar ini untuk berdaya saing dipasaran kelas pertengahan.

Akhir kata, Nothing Phone (2a) adalah satu model yang boleh anda pertimbangkan jika anda mempunyai bajet dibawah RM 2,000.

Dapatkan Nothing Phone (2a) di : Nothing Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.