HONOR Magic6 Pro disahkan untuk pasaran Malaysia
HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Magic6 Pro akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi selepas membuat penampilan antarabangsa di Mobile World Congress (MWC) 2024 baru-baru ini.
Bagi menyemarakkan keterujaan di kalangan pengguna Malaysia, HONOR Magic6 Pro akan membawa peningkatan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI).
Lebih menarik, HONOR Magic6 Pro telah mencatatkan tiga rekod DXOMARK untuk kategori Paparan, Bateri dan Swafoto, mengatasi pesaing terkemuka didalam kategori flagship. Peranti berprestij ini telah memperoleh 157 mata dalam kategori Bateri. Dalam kategori Paparan pula, HONOR Magic6 Pro juga telah memperoleh 157 mata . Peranti flagship ini juga memperoleh kedudukan kedua dalam kategori Audio. Hebatnya, HONOR Magic6 Pro menerima penarafan ‘Gold’ dalam semua kategori ini, sekaligus menyerlahkan kecemerlangan peranti ini secara keseluruhanya.
Ketika HONOR Magic5 Pro dikeluarkan tahun lalu, ia menerima sambutan hangat dikalangan pengguna di Malaysia, menjadikan Siri Magic antara peranti HONOR yang mendapat permintaan tertinggi dan HONOR Magic6 Pro dijangka akan meneruskan lagi kecermerlangan ini.
Antara ciri baharu HONOR Magic6 Pro adalah Sistem Kamera Falcon Berkuasa AI, paparan yang dilapisi gelas HONOR NanoCrystal, Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua HONOR dan cipset HONOR E1 serta AI pada HONOR Magic6 Pro yang dikuasakan Magic OS 8.0.