Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Fit3 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 299

Samsung Galaxy Fit3 kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 299 sahaja.

Samsung Galaxy Fit3 tampil dengan paparan AMOLED berukuran 1.6-inci yang mana ianya adalah 45%

lebih besar berbanding skrin pada Galaxy Fit2. Ianya juga memiliki butang fizikal pada sisi kanan dan terdapat mekanisma one-click quick release untuk menukar tali jam.

Selain itu, Galaxy Fit3 juga menjadi jam pertama didalam siri ini untuk menyokong Fall Detection dan Emergency SOS mana ciri SOS ini akan teraktif selepas 5 kali menekan butang dengan pantas dan ini akan membolehkan lokasi semasa anda dikongsikan kepada kenalan kecemasan.

Seterusnya, Fit3 juga memiliki bateri berkapasiti 308mAh yang didakwa mampu menawarkan sehingga 13 hari penggunaan, menyokong lebih 100 jenis mod kecergasan dan merekod corak tidur, langkah dan tahap tekanan melalui aplikasi Samsung Health.

Akhir sekali,  Galaxy Fit3 akan ditawarkan didalam warna Gray, Pink Gold, dan Silver pada harga RM 299. Anda juga boleh mendapatkan Galaxy Fit3 dengan diskaun sebanyak 30% apabila anda membeli telefon pintar Samsung di Samsung Online Store, Samsung Experience Store dan stor lain yang turut serta.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.