Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition kini rasmi di Malaysia – RM 1,999

 

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa HUAWEI MatePad 11.5  PaperMatte Edition kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,999.

Tablet MatePad 11.5  PaperMatte Edition ini hadir dengan lapisan nano seperti kertas yang kurang silau , mengurangkan ketegangan mata dan pengalaman menulis yang lebih semula jadi dengan stylus M-Pencil generasi kedua.

Selain daripada perbezaan skrin, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte ini tampil dengan spesifikasi yang sama seperti versi biasa iaitu skrin paparan TFT LCD berukuran 11.5-inci dengan resolusi 2.2K dan sokongan kadar segar semula 120Hz, cip 4nm Snapdragon 7 Gen 1 4G , 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan sistem operasi HarmonyOS 3.1.

Selain itu, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition ini juga menawarkan sokongan HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard. Tablet ini juga menawarkan ciri seperti SuperHub, SuperDevice dengan HarmonyOS dan Histen 8.0 quad-speaker.

Seterusnya, MatePad 11.5 edisi khas ini juga memiliki kamera 13MP dibahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP. Tablet ini juga memiliki bateri 7,700mAh bersama sokongan pengecasan pantas 22.5W.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte kini ditawarkan di Malaysia didalam warna  Space Gray pada harga RM 1,999 dan pra-tempahan tablet ini kini telah dibuka dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,147 yang termasuk HUAWEI MatePad Smart Keyboard, HUAWEI M-Pencil Gen² dan HUAWEI Bluetooth Mouse.

Pra-tempah sekarang di laman rasmi HUAWEI (dapatkan baucar pembelian awal bernilai RM 40), Shopee atau Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.