Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri AI Eye-Tracking pada HONOR Magic6 Pro HONOR Mampu Gerak dan Hidupkan Kereta

HONOR telah mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan ciri kecerdasan buatan (AI) terbaru yang mampu mengerakkan kereta menggunakan mata semasa pelancaran global HONOR Magic6 Series di Mobile World Congress (MWC) 2024 pada 25 Februari  ini.

Ciri canggih yang dikenali sebagai AI eye-tracking yang masih di peringkat ujian dan fungsinya membolehkan pemandu mengawal kereta menggunakan pandangan mata pada HONOR Magic6 Pro tanpa sentuhan fizikal atau arahan suara.

HONOR telah bekerjasama dengan jurutera automotif Profesor James Brighton untuk menunjukkan potensi ciri AI eye-tracking  dan video demonstrasi itu boleh ditonton di saluran YouTube Autocar. Dalam video tersebut, HONOR Magic6 Pro respon kepada empat arahan mata yang membolehkan pengguna menghidupkan dan mematikan enjin, selain mengerakkan kereta ke hadapan dan mengundur.

Semua kawalan ini dilakukan dengan hanya perlu melihat ikon spesifik dan ciri penjejak mata akan menggerakkan kereta dari jarak jauh tanpa pemandu mahupun penumpang berada di dalam kenderaan.

Ini menjadi realiti kerana HONOR Magic6 Pro hadir dengan sensor hadapan bagi mengecam ikon yang sedang dipandang pengguna, seterusnya menggunakan AI untuk mengawal kenderaan.   

HONOR yakin teknologi AI ini berpotensi merevolusikan landskap masa depan komunikasi manusia dengan peranti.

Jangan lupa saksikan pelancaran global Siri HONOR Magic6 pada 25 Februari ini, jam 8.30 malam di https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/

Saksikan video YouTube Autocar di bawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.