Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2a) akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac ini

Nothing telah mengesahkan bahawa Nothing Phone (2a) akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac ini.

Pelancaran Nothing Phone (2a) ini adalah bertajuk Fresh Eyes yang memberikan petunjuk mengenai rekaan unik modul kamera Phone (2a) yang diletakkan bersebelahan dan hampir ditengah panel belakang.

Phone (2a) dengan kod nama Aerodactyl adalah model yang ditawarkan pada harga lebih mampu milik dan Nothing juga mendakwa bahawa model ini mewarisi beberapa elemen Phone (2) yang lebih mahal dan menawarkan peningkatan menyeluruh berbanding Nothing Phone (1).

Pengesahan ini bermaksud Nothing Phone (2a) akan dilancarkan didalam masa kurang 30 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.