Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Ultra – Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda

Samsung Galaxy S24 Ultra Malaysia - Galaxy AI

Samsung Galaxy S24 Ultra Malaysia - Galaxy AI

Sejak pelancaran Samsung Galaxy S24 Ultra (Series) pada pertengahan bulan Januari, anda pasti tidak terlepas perkataan Galaxy AI yang sangat berhubung kait dengan generasi terbaru Galaxy S Series ini.

Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 1

Samsung mahu Galaxy AI mengubah cara bagaimana anda menggunakan telefon pintar tidak kira untuk komunikasi, fotografi ataupun produktiviti kerja dan kita disini ingin melihat bagaimana untuk menggunakan ciri yang ditawarkan melalui Galaxy AI.

Ciri Galaxy yang pasti digunakan dengan meluas adalah Generative Edit yang terbina terus didalam aplikasi galeri Samsung. Anda mahu memadam objek yang memburukkan gambar? atau ingin menegakkan gambar yang telah diambil pada sudut yang senget?. Ianya sangat mudah dengan Generative Edit

Generative Edit

Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 2
Jom ‘buang’ bangunan di sebelah tu gunakan Generative Edit

Berikut adalah cara menggunakan Generative Edit

  1. buka aplikasi galeri Samsung
  2. pilih gambar yang mahu di edit
  3. tekan simbol pensil ✏️
  4. tekan ikon Galaxy AI (tiga bintang)
  5. bulatan atau tap pada objek yang mahu dipadam
  6. selepas itu, tekan ikon pemadam dan padam objek itu
  7. tekan ‘Generate’
  8. tunggu sehingga AI menghilangkan objek yang dipilih dengan sempurna
  9. hasil akhir akan dipaparkan dan ianya boleh disimpan sebagai satu salinan yang mempunyai watermark Galaxy AI.
  10. selesai

Ini adalah hasil akhir gambar selepas diedit menggunakan Generative Edit

Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 8

Dalam pada itu, Generative Edit juga boleh digunakan untuk membetulkan sudut gambar yang condong, AI akan mengisi semula sempadan untuk mendatarkan imej tersebut. Apabila objek perlu digerakkan sedikit untuk berada dalam kedudukan yang diingini, AI membenarkan pengguna melaraskan kedudukan subjek tersebut dan kemudiannya mengisi semula latar belakang.

Anda hanya perlu mengulangi langkah yang sama seperti di atas untuk setiap pengeditan melalui Generative Edit.

Edit Suggestion

Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 9

Ciri Edit Suggestion pada Galaxy S24 Series membolehkan AI menganalisa gambar dan mencadangkan suntingan yang paling sesuai untuk setiap foto.

Berikut adalah cara menggunakan Edit Suggestion :

  1.  buka aplikasi galeri
  2. pilih gambar dan leretkan ke atas
  3. cadangan ‘edit’ akan dipaparkan pada skrin
  4. pilih edit yang anda mahu dan tekan sahaja (contoh : Erase Shadow, Erase Reflection).
  5. gambar yang telah di edit akan dipaparkan.
  6. simpan jika anda berkenan dengan gambar tersebut.
Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 14
Gambar selepas Remove Reflection
Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 15
Gambar selepas Remove Shadow

 

Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 16

Chat Translation 

Komunikasi pada Samsung Galaxy S24 Series kini lebih mudah kerana Galaxy AI menawarkan anda ciri menarik seperti Chat Translation yang boleh digunakan pada aplikasi permesejan seperti WhatsApp melalui Samsung Keyboard.

Berikut adalah cara untuk menggunakan Chat Translation :

  1.  Taip teks yang hendak dihantar didalam bahasa pilihan anda ( buat masa ini penterjemahan bahasa Malaysia tidak disokong)
  2. Tekan ikon Galaxy AI
  3. pilih Chat Translation
  4. pilih bahasa yang hendak diterjemahkan, terdapat pek bahasa yang harus dimuat turun , contoh : Bahasa Korea
  5. Tekan butang hantar
  6. anda akan melihat paparan mesej yang telah dihantar didalam bahasa anda dan bahasa yang diterjemahkan.

Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 22

Chat Assist

Selain Chat Translation, Galaxy AI juga menawarkan ciri seperti Chat Assist yang membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk dikongsikan di media sosial.

  1.  Taip teks yang hendak dihantar didalam bahasa pilihan anda ( buat masa ini penterjemahan dari bahasa Malaysia tidak disokong)
  2. Tekan ikon Galaxy AI
  3. pilih Writing Style
  4. Galaxy AI akan menawarkan beberapa format teks untuk anda gunakan mengikut nada perbualan seperti Professional, Casual, Polite, Social dan Emojify.
  5. Pilih nada perbualan yang anda mahu gunakan
  6. Copy atau Insert ( salin atau masukkan) kedalam chatbox
  7. Hantar ( ianya juga boleh diterjemahkan ke bahasa lain

Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 28

Anda juga boleh menggunakan Spelling and grammar untuk menyemak kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 29

Interpreter

Dengan ciri Interpreter, perbualan boleh diterjemahkandengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin terpisah supaya orang yang berdepan boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

  1.  Leretkan skrin untuk membuka tetapan pantas
  2. pilih ikon Interpreter
  3. Aplikasi Interpreter akan dibuka dan anda boleh menetapkan bahasa pilihan anda dan bahasa untuk diterjemahkan
  4. mulakan perbualan tanpa batasan

Ciri Interpreter sudah pastinya berguna ketika anda melancong ke luar negara ataupun berbual dengan pelancong.

Samsung Galaxy S24 Ultra - Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri Galaxy AI didalam kehidupan anda 34

Live Translate 

Live Translate, iaitu suatu ciri penterjemahan suara dan teks masa nyata dua hala,bagipanggilan telefon dalam aplikasi terbina. Pengguna tidak perlu memuatnaik  sebarang aplikasi pihak ketiga dan AI terbina memastikan perbualan pengguna adalah selamat secara sepenuhnya. 

  1. Buka callpad > tekan tiga titik di sisi atas kanan > pilih setting > pilih Live Translate > tekan toggle on dan pilih bahasa anda dan bahasa orang yang akan dihubungi
  2. Anda perlu memuat pek bahasa untuk penggunaan namun hanya satu kali sahaja
  3. Selesai tetapan, anda kini boleh membuat panggilan dan memilih live translate apabila diperlukan
  4. Buat panggilan > tekan ikon Chat Assist > tekan Live Translate > teks terjemahan Live Translate akan dipaparkan secara langsung

Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan melalui Galaxy AI adalah Note Assist dalam Samsung Notes, yang menampilkan ringkasan yang dihasilkan oleh AI, penciptaan templat yang megolah nota mengikut format tersedia, dan mengarang muka nota untuk memudahkan imbasan maklumat. Untuk rakamansuara, walaupun terdapat beberapa penceramah, ciri Transcript Assist menggunakan kecerdasan buatan dan teknologi Speech-to-Text untuk mentranskripsi, merumus, dan juga menterjemahkan rakaman.

Jom dapatkan Samsung Galaxy S24 Ultra di SINI

ULASAN : Samsung Galaxy S24 Ultra – Premium dengan Titanium, Pintar dengan Galaxy AI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.