Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 Ultra – Bermulanya Dunia Galaxy AI

Samsung Galaxy S24 Series telah perkenalkan secara rasmi pada majlis Samsung Unpacked awal pagi tadi dan ianya juga kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga dari RM 4,099.

Tahun ini Samsung mempertaruhkan tiga model flagship mereka iaitu Galaxy S24, Galaxy S24+ dan model mercu didalam siri mercu iaitu Samsung Galaxy S24 Ultra.

Kurang 24 jam selepas pelancaran, telah sampai kepada kami Samsung Galaxy S24 Ultra yang hangat dipasaran dan kami mengambil kesempatan ini untuk melakukan sesi pandang pertama telefon pintar ini.

Sebelum menyelami kemampuan Galaxy S24 Ultra ini, jom lihat harga dan varian yang ditawarkan bagi telefon pintar flagship Samsung ini.

Samsung Galaxy S24 Ultra akan bermula pada harga dari RM 6,299 iaitu bagi versi 12/256GB, RM 6,799 bagi versi 12/512GB dan RM 7,799 bagi versi 12/1TB.

Jom teruskan pandang pertama Galaxy S24 Ultra!

Galaxy AI

Agak pelik untuk kita memperkatakan bahawa perubahan terbesar pada Galaxy S24 Series adalah penawaran Galaxy AI.

Galaxy AI memperkenalkan kecerdasan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti setiap aspek kehidupan, terutamanya peranan telefon pintar yang paling asas iaitu komunikasi.

Apabila anda menghadapi kekangan Bahasa, samada semasa berbual dengan pelajar atau rakan sekerja lain dari luar negara, meskipun membuat tempahan semasa bercuti di negara lain, Galaxy S24 Ultra menjadikan perkara lebih mudah berbanding sebelum in.

Antara ciri Galaxy AI yang sangat berguna adalah Live Translate, Interpreter, , Chat Assist, Note Assist pada Samsung Notes, Transcript Assist dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Galaxy AI – anda boleh baca laporan pelancaran kami di SINI

Kami akan uji kesemua ciri Galaxy AI pada ulasan komprehensif Galaxy S24 Ultra yang akan menyusul tidak lama lagi.

Skrin Paparan Flat + Gorilla Armour Glass

Selepas beberapa tahun menggunakan paparan melengkung, Samsung telah memutuskan untuk beralih kepada penggunaan panel skrin rata bagi Galaxy S24 Ultra.

Jika sebelum ini peranti flagship dikatakan lebih premium jika hadir dengan panel melengkung, pengguna dilihat lebih meminati skrin paparan rata yang lebih mudah untuk digunakan dan mudah untuk memasang gelas atau filem perlindungan.

Selain paparan flat, Galaxy S24 Ultra juga tampil dengan skrin paparan yang lebih baik secara keseluruhanya dimana panel Dynamic AMOLED 2x yang digunakan mempunyai kecerahan maksima sehingga 2,600nits dan dilapisi gelas keselamatan Gorilla Armour Glass.

Cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan 7 update OS Android

Samsung Galaxy S24 Ultra menampilkan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy yang dioptimumkan terutamanya untuk pengguna Galaxy, chipset ini memberikan peningkatan NPU yang luar biasa untuk pemprosesan AI yang paling cekap.

Cipset ini menawarkan prestasi NPU  41% lebih baik, prestasi GPU 30% lebih baik dan 20% peningkatan prestasi CPU.

Selain cipset terbaik dipasaran, Samsung juga kini menawarkan penawaran kemaskini sistem operasi terbaik dipasaran. Galaxy S24 Ultra kini tampil dengan pengesahan bahawa ianya akan menerima 7 generasi OS Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Ini bermaksud Galaxy S24 Series akan menerima kemaskini Android sehingga ke Android 21.

Bingkai Titanium

Galaxy S24 Ultra merupakan  telefon pintar Galaxy pertama yang menampilkan bingkai titanium, yang secara keseluruhanya meningkatkan ketahanan peranti dan melanjutkan jangka hayat penggunaan.

Lebih-lebih lagi, penampilan Galaxy S24 Ultra yang lebih nipis turut memberikan pengguna cengkaman yang lebih selesa untuk membolehkan pengalaman mudah-alih yang lebih baik.

Dengan kombinasi gelas keselamatan Gorilla Armour Glass dan bingkai titanium, Galaxy S24 Ultra bukan hanya cantik dipandang, malah mempunyai ketahanan yang tinggi.

Walaubagaimanapun, penggunaan titianium nampaknya tidak memberikan sebarang perubahan dari segi berat keseluruhan telefon pintar ini apabila dibandingkan dengan Galaxy S23 Ultra.

 Kamera Quad-Tele 200MP

Samsung Galaxy S24 Ultra masih menggunakan sensor utama 200Mp, namun ianya adalah sensor yang lebih baik dan bersama sensor ini juga disertakan sensor telefoto 50MP yang menawarkan 5x zoom optikal dan 10x zoom kualiti optikal, sensor telefoto 10MP yang menawarkan 3x zoom dan sensor ultrawide 12MP.

Kualiti kamera juga ditambah dengan penerapan Galaxy AI yang akan meningkatkan lagi kualiti gambar yang termasuk gambar Nightography

Pra-tempah Galaxy S24 Series pilihan anda!

Samsung Galaxy S24 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 6,299 sehingga RM 7,799 dan Samsung menawarkan pelbagai promosi tawaran jika pembelian dibuat didalam tempoh pra-tempahan (sehingga 6 Februari 2024).

Setiap pra-tempahan Samsung Galaxy S24 Series akan menerima eBaucar Samsung bernilai RM 500, gandaan storan dalaman percuma bernilai RM 500, diskaun PWP sehingga RM 800 bagi pembelian Galaxy Tab, Galaxy Watch atau Galaxy Buds yang terpilih dan potongan sehingga RM 650 jika anda ‘trade in’ peranti lama anda.

Promosi pra-tempahan ini akan ditawarkan dari 18 Januari sehingga 6 Februari 2024 atau sementara stok masih ada.

Pra-tempah Samsung Galaxy S24 Ultra di SINI

Pra-tempah Samsung Galaxy S24 atau Galaxy S24+ di SINI

Berikut adalah harga Samsung Galaxy S24 Series di Malaysia :

  • Samsung Galaxy S24 Ultra 12/256GB – RM 6,299
  • Samsung Galaxy S24 Ultra 12/512GB – RM 6,799
  • Samsung Galaxy S24 Ultra 12/1TB – RM 7,799
  • Samsung Galaxy S24+ 12/256GB – RM 4,899
  • Samsung Galaxy S24+ 12/512GB – RM 5,399
  • Samsung Galaxy S24  8GB/256GB – RM 4,099
  • Samsung Galaxy S24 8/512GB – RM 4,599
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.