Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Ultra kini rasmi dengan kerangka titanium dan Snapdragon 8 Gen 3 – Apa itu Galaxy AI?

Samsung Galaxy S24 Ultra Malaysia

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship Galaxy S24 Series di majlis Samsung Unpacked yang telah berlangsung sebentar tadi.

Samsung Galaxy S24 Series tahun ini menyaksikan Samsung menawarkan ketiga-tiga model Samsung dengan rekaan skrin paparan yang rata namun Galaxy S24 Ultra kini menggunakan kerangka yang diperbuat daripada titanium.

Tiga model yang kami maksudkan adalah Samsung Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra namun tumpuan tahun ini terarah kepada Galaxy AI yang dilihat bakal mengubah bagaimana kita menggunakan telefon pintar dengan kuasa AI.

 

Galaxy AI

Galaxy AI secara asasnya adalah cara baharu untuk berhubung, kebebasan untuk mencipta dan prestasi berkuasa untuk kemungkinan baharu.

Antara kelebihan yang dibawa oleh Galaxy AI adalah ciri AI Translate seperti Live Translate yang membolehkan anda melakukan panggilan kepada seseorang yang hanya mampu bercakap bahasa asing namun ianya akan diterjemahkan kepada bahasa pilihan anda secara langsung ketika panggilan dibuat.

Terjemahan ini adalah dua hala, percakapan anda juga akan diterjemahkan kepada bahasa pilihan yang ditetapkan oleh anda ( yang akan didengar oleh penerima).

Selain itu, ciri Interpreter membolehkan perbualan boleh diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin terpisah supaya orang yang berdepan boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

Galaxy AI juga boleh digunakan pada aplikasi permesejan popular seperti WhatsApp dan banyak lagi dimana ianya akan diterjemah kepada bahasa pilihan pengguna sebelum dihantar yang sudah pastinya memudahkan lagi komunikasi merentas sempadan.

Chat Assist boleh membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendekyang menarik untuk kapsyen media sosial. Kecerdasan Buatan (AI) yang terbina ke dalam Papan Kekunci Samsung juga boleh menterjemahkan mesej secara langsung ke dalam 13 bahasa.

Selain itu, Note Assist dalam Samsung Notes membolehkan teks atau artikel panjang ditukar kepada bahasa pilihan anda didalam masa beberapa saat sahaja dan ianya juga boleh merumuskan kandungan artikel tersebut. 

Dalam pada itu, Galaxy AI juga membuka kemungkinan baharu pada pengambilan gambar, sudut gambar yang diambil kini boleh diluruskan tanpa perlu melakukan ‘cropping’ dan AI akan membantu mengisi sudut-sudut yang senget ini dengan kandungan yang tepat.

Lain-lain ciri yang dimungkinkan dengan Galaxy AI adalah ciri Tone Tweak, Intelligent Summary, AI slow-mo, AI Zoom, Transcript Assist menggunakan kecerdasan buatan dan teknologi Speech-to-Text untuk mentranskripsi, merumus, dan juga menterjemahkan rakaman..

Akhir sekali, Galaxy AI pada Galaxy S24 Series membolehkan telefon pintar menjadi lebih pintar dan bakal memudahkan komunikasi merentasi sempadan selain memudahkan kerja-kerja rasmi anda.

Beralih kepada telefon pintar Galaxy S24 Series, pada artikel ini kita akan memfokuskan kepada Galaxy S24 Ultra yang tampil sebagai peranti flagship didalam keluarga Galaxy S Series ini.

Samsung Galaxy S24 Ultra Malaysia

Samsung Galaxy S24 Ultra

Samsung Galaxy S24 Ultra tampil dengan skrin paparan ‘flat’ Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.8-inci dengan resolusi QHD+ bersama kadar segar semula 1-120Hz. Panel skrin ini juga akan mempunyai kecerahan maksima sehingga 2,600nits iaitu 40% lebih cerah berbanding Galaxy S23 Ultra.

Selain itu, panel Galaxy S24 Ultra ini juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Armor Glass yang lebih tahan lasak dan kukuh bersama bingkai titanium untuk meningkatkan ketahanan peranti.

Beralih kepada cipset, Samsung Galaxy S24 Ultra akan dikuaskan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy (bagi pasaran Malaysia), 12GB RAM dan tiga pilihan storan dalaman iaitu 256GB, 512GB dan 1TB. Ianya juga  tampil dengan ruang wap yang 1.9x lebih besar berbanding Galaxy S23 Ultra dan ciri ray tracing.

Seterusnya, Galaxy S24 Ultra juga akan hadir dengan ataramuka One UI 6.1 yang berasaskan Android 14 dan Samsung juga telah mengesahkan bahawa ianya akan menerima 7 generasi kemaskini Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan Android.

Ke bahagian kamera, Galaxy S24 Ultra akan sistem kamera Quad Tele yang menampilkan pengguna sensor utama 200MP, sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 3x 10MP dan sensor periskop 50MP dengan 5x zoom optikal dan 10x zoom yang lebih baik. Kamera selfie adalah sensor 12MP.

Selain itu, Galaxy S24 Ultra juga disertakan bateri berkapasiti 5,000mAh yang membawakan pengecasan Super Fast Charging 2.0 (45W) yang memberikan 0-65% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja. Ianya juga memiliki sokongan Fast Wireless Charging 2.0 dan Wireless PowerShare.

Lain-lain spesifikasi Galaxy S24 Ultra adalah Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, NFC, Ultra Wide Band dan ciri Circle to search with Google yang pertama kali ditawarkan kepada pengguna.

Samsung Galaxy S24 Ultra akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Titanium Black, Titanium Gray, Titanium Violet dan Titanium Yellow. 3 warna eksklusif Samsung Online adalah Titanium Blue, Titanium Orange dan Titanium Green.

Harga jualan Samsung Galaxy S24 Ultra di Malaysia bermula dari RM 6,299 sehingga RM 7,799.

Harga Samsung Galaxy S24 Series di Malaysia akan bermula dari RM 4,099 – pra-tempahan kini di buka

Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+ kini rasmi dengan cip Exynos 2400 – S24+ lebih power

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.