Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Samsung Galaxy S24 Series di Malaysia akan bermula dari RM 4,099 – pra-tempahan kini di buka

Samsung Galaxy S24 Series Price in Malaysia

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Galaxy S24 Series sebentar tadi dan generasi baharu Galaxy S Series ini akan tampil dengan teknologi Galaxy AI dan penggunaan bingkai titanium pada Galaxy S24 Ultra.

Model paling premium iaitu Samsung Galaxy S24 Ultra akan ditawarkan didalam tiga varian iaitu 12/256GB pada harga RM 6,299, versi 12/512GB pada harga RM 6,799 dan versi 12/1TB pada harga RM 7,799.

Samsung Galaxy S24 Ultra akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Titanium Black, Titanium Gray, Titanium Violet dan Titanium Yellow. Terdapat juga 3 warna eksklusif Samsung Online adalah Titanium Blue, Titanium Orange dan Titanium Green.

Samsung Galaxy S24 Ultra kini rasmi dengan kerangka titanium dan Snapdragon 8 Gen 3 – Apa itu Galaxy AI?

Samsung Galaxy S24+ dan Galaxy S24

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S24+ pula akan ditawarkan didalam dua varian iaitu versi 12/256GB pada harga RM 4,899 dan versi 12/512GB pada harga RM 5,399.

Beralih kepada Galaxy S24 pula, ianya akan ditawarkan didalam dua varian iaitu 8GB/256GB pada harga RM 4,099 dan 8/512GB pada harga RM 4,599.

Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+ akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Onyx Black, Marble Grey, Cobalt Violet dan Amber Yellow. Terdapat 3 warna eksklusif Samsung Online  iaitu Sandstone Orange, Sapphire Blue dan Jade Green.

Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+ kini rasmi dengan cip Exynos 2400 – S24+ lebih power

Pra-tempahan di Malaysia kini di buka

Samsung Malaysia menawarkan ganjaran hebat kepada pelanggan yang membuat pra-pesanan sekarang dengan hadiah eksklusif!

Setiap pembelian Galaxy S24 Series akan menerima RM500 e-baucar + ‘Double Storage Upgrade’ bernilai RM500. Sebagai sebahagian daripada promosi, anda juga boleh dapatkan potongan sehingga RM800 pembelian-dengan-pembelian pada Samsung Galaxy Tab, Galaxy Watch dan Siri Galaxy Buds terpilih.

Anda juga boleh menukar masuk peranti lama anda dan menerima rebat tambahan sehingga RM650.

Jangan lupa juga untuk menebus e-baucar Samsung anda bernilai sehingga RM400 yang anda terima semasa anda mendaftar minat anda.

Untuk prapesan peranti Galaxy S24 Series, sila klik pautan di bawah:

Pra-tempah Samsung Galaxy S24 Ultra di SINI

Pra-tempah Samsung Galaxy S24 atau Galaxy S24+ di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.