Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+ kini rasmi dengan cip Exynos 2400 – S24+ lebih power

Selain Samsung Galaxy S24 Ultra, Samsung Galaxy S23 dan Samsung Galaxy S23+ juga telah dilancarkan secara rasmi dengan penambahbaikan yang menyeluruh dan Galaxy AI menjadi tunjang kepada perubahan ini.

Samsung Galaxy S24 dan Samsung Galaxy S24+ memiliki reka bentuk yang diperbuat berasaskan gelas dan aluminium yang premium yang dikenali sebagai one mass design namun masih mengekalkan reka bentuk skrin yang rata.

Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+ tampil dengan reka bentuk yang berasaskan Enhanced Armor Aluminium dan lapisan gelas Corning Armor Glass pada bahagian hadapan dan belakang.

Selain itu,  Galaxy S24 dan Galaxy S24+ juga memiliki skrin paparan Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.1-inci (FHD+) dan 6.6-inci (QHD+) dengan kadar segar semula 1Hz-120Hz dan kecerahan maksima sehingga 2,600nits.. Kedua-dua model juga mempunyai sensor capjari ultrasonic dalam skrin.

Seterusnya, Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+ dijana cip pemprosesan flaghsip terbaru Exynos 2400 yang mempunyai prestasi yang lebih tinggi dan hampir setaraf cip Snapdragon 8 Gen 3. Galaxy S24 tampil dengan  8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB manakala S24+ memiliki 12GB RAM bersama storan dalaman sehingga 512GB.

Ke bahagian kamera pula, kedua telefon pintar ini juga berkongsi sistem kamera yang sama iaitu satu sensor utama 50MP yang memiliki Dual Pixel AF dan OIS, sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 10MP yang menawarkan 3x zoom optik dan turut mempunyai OIS. Kamera selfie adalah 12MP yang sama seperti pada Galaxy S24 Ultra.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy S24 memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W (0-50% dalam 30 minit) manakala Samsung Galaxy S24+ pula memiliki bateri berkapasiti 4,900mAh dengan pengecasan pantas 45W (0-65% dalam 30 minit). Kedua-dua peranti ini juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 15W.

Lain-lain spesifikasi Galaxy S24 dan Galaxy S24+ adalah Bluetooth 5.3, Wi-Fi 7 (Wi-Fi 6E pada Galaxy S24), ciri Circle to Search by Google, One UI 6.1 yang berasaskan Android 14 dan 7 tahun kemaskini Android.

Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+ akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Onyx Black, Marble Grey, Cobalt Violet dan Amber Yellow. Terdapat 3 warna eksklusif Samsung Online  iaitu Sandstone Orange, Sapphire Blue dan Jade Green.
Harga bagi Samsung Galaxy S24 di Malaysia bermula dari RM 4,099. Samsung Galaxy S24+  akan ditawarkan didalam dua varian iaitu versi 12/256GB pada harga RM 4,899 dan versi 12/512GB pada harga RM 5,399.

Beralih kepada Galaxy S24 pula, ianya akan ditawarkan didalam dua varian iaitu 8GB/256GB pada harga RM 4,099 dan 8/512GB pada harga RM 4,599.

Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+ akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Onyx Black, Marble Grey, Cobalt Violet dan Amber Yellow. Terdapat 3 warna eksklusif Samsung Online  iaitu Sandstone Orange, Sapphire Blue dan Jade Green.

Pra-tempah Galaxy S24 atau Galaxy S24+ di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.