ASUS ROG Phone 8 Series kini rasmi – dijana cip Snapdragon 8 Gen bersama rekaan lebih nipis
ASUS secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru gaming ROG Phone 8 Series yang terdiri daripada tiga model iaitu ROG Phone 8 dan ROG Phone 8 Pro dan ROG Phone 8 Pro Edition.
ASUS ROG Phone 8 Series tampil dengan rekaan yang lebih premium dan kompak iaitu 17% lebih nipis, 15% lebih ringan dan 9% lebih ringan. Ianya juga mempunyai rekaan panel belakang yang baharu berserta modul kamera lebih unik serta penarafan kalis air dan habuk IP68.
ASUS ROG Phone 8 ini Series hadir dengan skrin paparan fleksibel LTPO (E6) AMOLED berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula automatik 1-120Hz Hz (kadar segar semula maksima adalah 165Hz) dan kadar pensampelan sentuhan 720 Hz serta kecerahan maksima mencecah 2,500nits.
Beralih kepada cipset, ASUS ROG Phone 8 Series dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3 yang menawarkan prestasi dan kecekapan tenaga yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini dan ianya juga dipadankan dengan kapasiti RAM LPDDR5X sehingga 24GB serta storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.0.
Selain itu, ASUS ROG Phone 8 Series juga dilengkapi AirTrigger yang telah ditambah baik dengan sokongan pelbagai gesture termasuk Dual Action, Press & Lift, dan Gyroscope Aiming.
Beralih kepada kamera, ASUS ROG Phone 8 Series juga dilengkapi sensor utama 50MP terbaru Sony IMX890 , sensor ultrawide 13 MP dan sensor telefoto 32MP (OIS) yang menawarkan 3x zoom optik. Kamera selfie adalah 32MP yang menawarkan FoV 90° dan merupakan sensor RGWB.
Dalam pada itu, ASUS ROG Phone 8 Series juga memiliki sistem penyejukan GameCool 8 yang tampil dengan reka bentuk ruang wap baharu, yang meningkatkan kecekapan pelesapan haba lebih baik. kipas penyejuk klip-on AeroActive Cooler X kini 29% lebih kecil tetapi menawarkan kecekapan haba 1.2X lebih tinggi, mengurangkan suhu panel belakang sehingga 36°C.
Selain itu, ASUS ROG Phone 8 Series juga dilengkapi bateri berkapasiti 5,500mAh dengan sokongan pengecasan HyperCharge 65W dan pengecasan tanpa wayar Qi 15W.
Dalam pada itu, ASUS ROG Phone 8 Series juga dilengkapi sistem pembesar suara stereo yang lebih lantang yang dibangunkan bersama Dirac.
ASUS ROG Phone 8 akan ditawarkan dengan logo Aura RGB pada panel belakang manakala ASUS ROG Phone 8 Pro dan 8 Pro Edition pula akan ditawarkan Anime Vision Mini-LED ialah paparan 341 elemen yang boleh memaparkan animasi pratetap atau ciptaan pengguna, dan pengguna juga boleh melihat animasi rahsia dengan menyentuh telefon mereka secara dengan ROG Phone 8 Pro / Pro Edition yang lain.