Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme C67 – telefon pintar C-Series terbaik dengan kamera 108MP

realme C67

Pengenalan

Penggembaraan realme didalam pasaran telefon pintar telah bermula pada tahun 2018 dan syarikat ini telah melakukan beberapa pencapaian yang agak luar biasa.

Sejarah yang terpenting yang berjaya dicapai oleh realme adalah pengumuman bahawa syarikat ini telah berjaya menjual lebih dari 200 juta unit telefon pintar setakat November 2023 dan ini bermaksud, syarikat ini mempunyai purata jualan 40 juta unit setahun.

Kejayaan luar biasa ini sudah pastinya menjadi tonik terbaik bagi syarikat ini untuk mengharungi tahun 2024 yang sudah pastinya lebih sengit dan berdaya saing.

Sebagai permulaan kepada tahun 2024 ini, realme telah mengumumkan model terbaru didalam siri kelas entry-level mereka iaitu realme C Series dan model telefon pintar yang kami maksudkan adalah realme C67 dan ianya juga menjadi model pertama realme susulan penjenamaan semula jenama itu yang kini tampil dengan slogan terbaru iaitu  ‘Make it real’. Slogan baharu ini mengekalkan semangat Dare to Leap realme sambil memfokuskan lebih kepada membawa manfaat ketara kepada kehidupan pengguna muda.

realme C67 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga dari RM 799 dan ini adalah ulasan kami mengenai pendatang baharu kelas entry-level.

Reka Bentuk

realme C67 mungkin diletakkan sebagai sebuah telefon pintar kelas entry-level sahaja, namun rekaan telefon pintar boleh dikatakan berada pada tahap yang lebih tinggi malah turut mewarisi beberapa rekaan yang hanya boleh dilihat pada peranti kelas flagship.

realme C67 menampilkan rekaan ultra-nipis berukuran 7.59mm yang menjadikanya antara telefon pintar ternipis didalam kelas entry-level. Ianya ditawarkan didalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Sunny Oasis dan Black Rock yang menampilkan konsep rekaan dengan gabungan garis tekstur terang dan gelung berkilau yang mengelilingi lensa kamera di bahagian belakang.

Selain itu, panel belakang realme C67 ini juga menampilkan salutan tiga warna gradient setebal 420nm yang membawa kesan cahaya tiga dimensi dan warna Sunny Oasis ini juga mempunyai  tekstur garisan di yang memberikan kesan aliran dinamik apabila menyondongkan sedikit telefon pintar ini.

Seterusnya,  realme C67 menampilkan penggunaan kerangka yang diperbuat daripada keluli bersama panel belakang plastik. Walaupun nipis, ianya masih menampilkan bicu audio 3.5mm dibahagian bawah bersama port USB-C dan gril pembesar suara stereo. Terdapat juga butang kuasa dan butang kelantangan di sisi kanan manakala sisi kanan mempunyai slot SIM yang menyokong 2 SIM nano dan 1 microSD serentak.

Beralih kepada bahagian hadapan pula, realme C67 menjadi telefon pintar pertama didalam kelas entry-level tanpa mempunyai pendakap plastik di sekeliling paparan. rekaan ini kebiasaanya hanya digunakan secara meluas pada peranti kelas flagship, yang menjadikan telefon pintar ini hadir dengan bezel paling nipis dalam julat harganya.

Dalam pada itu, ketiadaan pendakap plastik di sekeliling skrin menjadikan saiz bezel realme C67 lebih nipis dan ianya juga menjadikan cengkaman pada telefon pintar  lebih selesa.

Jom baca lebih lanjut mengenai skrin di bahagian seterusnya.

Skrin Paparan

realme C67 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. 

Lebih menarik, panel skrin realme C67 ini mempunyai kecerahan skrin tertinggi dalam kelas harganya pada 950nit, membolehkan pengguna melihat kandungan skrin walaupun dibawah cahaya luar yang melampau.

Selain itu, realme C67 juga menawarkan sokongan ‘unlock’ pattern walaupun dengan tangan yang basah kerana panel LCD ini tampil dengan penambahbaikan dalam algoritma sentuhan dan bahan skrin LCD realme C67 yang membolehkan titisan air pada skrin  dikenal pasti dengan tepat sekaligus meningkatkan kadar kejayaan membuka kunci skrin walaupun tangan yang basah.

Selain itu, seperti kami perkatakan di bahagian rekaan, realme C67 tidak mempunyai pendakap plastik dibahagian sisi skrin dan ini membolehkan telefon pintar ini tampil dengan bezel yang lebih nipis dan mencapai nisbah skrin kepada rangka setinggi 91.4%. Walaubagaimanapun, bezel bahagian atas dan bawah model ini masih tebal namun ini adalah DNA peranti kelas entry-level yang masih belum pupus.

Dalam pada itu, realme C67 juga membawakan ciri animasi Mini Capsule 2.0 yang mempamerkan animasi khusus pada bahagian kamera selfie dan ianya telah ditambahbaik untuk paparan visual yang lebih menarik dan interaktif.

Animasi Mini Capsule ini akan teraktif secara automatik ketika anda menggunakan aplikasi Muzik, menyelesaikan sasaran langkah harian, cuaca, peratusan pengecasan dan banyak lagi.

Pemproses

realme C67 menjadi telefon pintar realme C-Series untuk dikuasakan cip Snapdragon dan ianya adalah cip 6nm yang dikenali sebagai Snapdragon 685.

Penggunaan cip Snapdragon 685 ini membolehkan realme C67 sebagai telefon pintar dengan cipset paling berkuasa pada segmen kelas entry-level.

Sebagai perbandingan, cipset Snapdragon 685 ini tampil dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 15% manakala prestasi GPU pula meningkat sebanyak 10% berbanding cipset Snapdragon 680. Bagi yang berminat, realme C67 juga telah memperoleh mata ujian AnTuTu yang sangat tinggi iaitu 330,000 hampir 21% lebih tinggi berbanding realme C51 yang dilancarkan sebelum ini.

Selain itu, penggunaan cip yang lebih berkuasa tinggi membolehkan aplikasi telefon dilancarkan dengan lebih pantas dan prestasi akan menjadi lebih baik namun pada yang sama menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama.

Bersama cip Snapdragon 685, realme C67 juga memiliki 8GB RAM bersama tambahan 8GB Dynamic RAM yang membolehkan pengguna menikmati prestasi RAM seperti telefon pintar yang mempunyai 16GB RAM. Pengguna juga boleh membuka lebih banyak aplikasi dilatar belakang tanpa menjejaskan prestasi dan kelancaran peranti. Ianya juga memiliki storan dalaman yang luas iaitu 256GB dan ianya juga boleh ditambah sehingga 1TB .

Beralih kepada perisian pula, realme C67 menjadi antara telefon pintar pertama realme di Malaysia untuk tampil dengan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 14.

Bagi kami, visual realme UI 4.0 adalah lebih tersusun dengan ciri terkini Android 14 yang bermaksud realme C67 adalah antara telefon pintar kelas entry-level pertama dipasaran Malaysia untuk hadir dengan Android 14.

Secara keseluruhan, kombinasi prestasi cipset Snapdragon 685 dengan realme UI 4.0 yang lebih ‘matang’ menjanjikan pengguna sebuah pakej telefon pintar yang bukan hanya konsisten malah mampu menawarkan prestasi yang memuaskan rata-rata pengguna kelas entry-level.

Kamera

realme C67 memecah tradisi telefon pintar kelas entry-level apabila ianya menjadi model pertama didalam segmen ini untuk hadir dengan sensor utama 108MP 3X In-sensor Zoom yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang lebih menakjubkan dan berkualiti tinggi.

Selain itu, sensor 108MP yang digunakan pada realme C67 adalah sensor Samsung S5KHM6 yang merupakan sensor lebih besar berbanding kebanyakkan sensor yang digunakan pada pasaran kelas entry-level ini.

Seterusnya, teknologi In-Sensor Zoom yang dibawakan sensor ini juga membolehkan pengguna menikmati kualiti zoom yang lebih baik berbanding zoom digital. Teknologi ini membolehkan gambar 3x daripada imej asal masih menawarkan gambar yang mengekalkan kualiti hampir sama seperti gambar asal.

Lain-lain ciri yang disertakan pada realme C67 ini adalah mod potret 3x, mod malam yang lebih baik dan beberapa penambaham penapis baru gaya fotografi jalanan seperti Cinematic, Tranquil dan Crisp.

Dalam pada, C67 juga memiliki sensor kamera selfie 8MP yang mampu menawarkan fotografi yang memuaskan.

Secara keseluruhan, realme C67 boleh dikatakan mampu menawarkan pengguna satu pengalaman fotografi yang baik yang meletakkan telefon pintar ini sebagai telefon pintar kelas entry-level dengan sensor utama terbaik dipasaran.

Bateri

realme C67 tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 33W. Ini membolehkan pengecasan mencapai tahap 50% didalam masa 26 minit sahaja.

Selain itu, realme C67 juga dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bateri seperti Overcharge protection, Over-voltage protection, Over-temperature protection dan Extreme case protection bagi melindungi dan mengekalkan kualiti bateri seperti baharu walaupun selepas lama digunakan.

Penutup

realme C67 menjadi telefon pintar kelas entry-level yang pertama dipasaran untuk menampilkan beberapa teknologi premium seperti cip Snapdragon 685 dan penyingkirkan bingkai skrin plastik yang merupakan ciri yang biasa digunakan pada peranti flagship.

Selain itu, ianya juga menawarkan sensor kamera utama yang mempunyai kebolehan tinggi yang merupakan sensor 108MP terbesar didalam kelas ini.

Jika anda sedang didalam pencarian sebuah telefon pintar kelas entry-level, realme C67 mungkin boleh kami cadangkan untuk anda.

realme C67 tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Sunny Oasis dan Black Rock pada harga RM 799 bagi varian 8/128GB dan RM 899 bagi varian 8/256GB. 

Jualan pertama realme C67 di Malaysia akan bermula 6 Januari hingga 20 Januari 2024 dengan promosi berikut :

Hadiah dengan Pembelian (Offline): Fon telinga tanpa wayar Techlife P-16 Memory Neckband bernilai RM 69

Hadiah dengan Pembelian (Online): Lanjutan Waranti 1-tahun, Fon telinga tanpa wayar Techlife P-16 Memory Neckband, Power Bank 10,000mah; bernilai hingga RM148

Dapatkanya realme C67 SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.