Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C67 kini di Malaysia – guna cip Snapdragon 685 dan sensor 108MP

realme secara rasminya telah memulakan gelombang pelancaran tahun 2024 dengan memperkenalkan realme C67 di Malaysia yang akan ditawarkan pada harga dari RM 799 sahaja.

Menariknya, realme C67 telefon pintar realme pertama susulan penjenamaan semula jenama itu yang kini tampil dengan slogan terbaru iaitu  ‘Make it real’. Slogan baharu ini mengekalkan semangat Dare to Leap realme sambil memfokuskan lebih kepada membawa manfaat ketara kepada kehidupan pengguna muda.

Terus ke spesifikasi, realme C67 tampil dengan skrin paparan 90Hz LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ dan turut membawakan aninasi Mini Capsule 2.0. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 685 8GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB.

Beralih kepada kamera, realme C67 menampilkan sensor kamera terbesar didalam kelas entry-level iaitu 108Mp 3x In-sensor Zoom bersama sensor 2MP dan kamera selfie 8MP.

Seterusnya, realme C67 menampilkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W yang membolehkan 50% pengecasan dicapai didalam masa 26 minit sahaja.

Lain-lain spesifikasi C67 adalah rekaan ultra nipis berukuran 7.59mm, penarafan IP54, NFC 360°, pembesar suara stereo dan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 14.

realme C67 tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Sunny Oasis dan Black Rock pada harga RM 799 bagi varian 8/128GB dan RM 899 bagi varian 8/256GB. 

Jualan Pertama akan bermula 6 Januari hingga 20 Januari 2024 dengan promosi berikut :

  • Hadiah dengan Pembelian (Offline): Fon telinga tanpa wayar Techlife P-16 Memory Neckband bernilai RM 69
  • Hadiah dengan Pembelian (Online): Lanjutan Waranti 1-tahun, Fon telinga tanpa wayar Techlife P-16 Memory Neckband, Power Bank 10,000mah; bernilai hingga RM148

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.