Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X100 dan X100 Pro kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 3,499

vivo X100 dan X100 Pro Malaysia

vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka di Malaysia iaitu vivo X100 Series.

Vivo X100 Series terdiri daripada dua model iaitu vivo X100 dan vivo X100 Pro yang dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9300.

 Terus ke spesifikasi, vivo X100 dan X100 Pro  tampil dengan skrin paparan 8T LTPO AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1260p dan kadar segar semula 1-120Hz. Panel 10-bit ini juga memiliki kecerahan maksina sehingga 3,000nits, kadar PWM 2,160Hz, sensor capjari dalam skrin dan kamera selfie 32MP.

Selain itu, kedua-dua telefon pintar ini juga dikuasakan cip Dimensity 9300, kapasiti RAM sehingga 16GB LPDDR5T dan storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.0

Beralih ke bahagian kamera, vivo X100 Pro dilengkapi tiga sensor 50MP iaitu sensor utama 1-inci IMX989, sensor telefoto yang mempunyai penarafan Zeiss APO  yang mana sensor periskop ini adalah jenis ‘floating module’ yang menawarkan 4.3x zoom optik dan 100x zoom digital. Sensor ketiga adalah sensor ultrawide dengan salutan T* lens coating. X100 Pro juga dilengkapi cip pengimejan 6nm yang menyokong rakaman video 4K portrait.

Dalam pada itu, vivo X100 pula dilengkapi satu sensor utama 50MP IMX920, sensor telefoto 64MP dengan 3x zoom dan OIS serta sensor ultrawide 50MP. kesemua sensor ini mempunyai salutan T* lens coating yang mengurangkan pemantulan sebanyak 50% berbanding  vivo X90 series.

Seterusnya, vivo X100 dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan pantas 120W manakala X100 Pro pula tampil dengan bateri 5,400mAh dengan pengecasan 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Lain-lain spesifikasi vivo X100 dan X100 Pro adalah FunTouch OS 14 berasaskan Android 14, penarafan IP68, IR Blaster, Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4.

Akhir sekali, vivo X100 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,499 manakala vivo X100 Pro pula akan ditawarkan pada harga RM 4,599.

Pra-tempahan vivo X100 Series kini dibuka dimana setiap pembelian vivo X100 akan menerima vivo TWS Air bernilai RM 179 manakala pembelian vivo X100 Pro pula akan menerima vivo TWS 2e dan vivo selection Smart Watch yang bernilai RM 563. Kedua-dua telefon pintar juga akan tampil dengan pelan perlindungan skrin 180 hari bernilai RM 300 dan jaminan waranti vivo Care 1+1 tahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.