Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C67 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Januari

realme Malaysia telah mengumumkan bahawa jualan telefon pintar kelas entry-level realme C-Series di Malaysia telah mencapai angka 600,000 unit pada tahun 2023.

Bersempena dengan pencapaian ini, realme akan memulakan tahun 2024 dengan pelancaran realme C67 di Malaysia pada 4 Januari ini yang juga telah disahkan akan hadir dengan sensor utama 108MP yang menjadikanya antara yang terbaik didalam kelas entry-level.

Selain itu, realme C67 juga akan menjadi telefon pintar pertama realem C-Series untuk dikuasakan dengan cip Snapdragon yang sudah pastinya lebih berkuasa tinggi.

Akhir sekali, realme telah memperkenalkan 3 model realme C-Series pada tahun 2023 iaitu realme C55, realme C53 dan realme C51 yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.