Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI FreeClip – earbuds inovatif yang menjanjikan keselesaan maksima

HUAWEI FreeClip MalaysiaPengenalan

HUAWEI FreeClip adalah peranti TWS terbaru HUAWEI yang telah dilancarkan baru-baru sebagai satu lagi peranti audio yang menawarkan pengguna pilihan yang lebih menyeluruh didalam portfolio produk audio syarikat ini.

FreeClip ialah TWS terkini yang merupakan earbuds jenis Open-ear pertama daripada HUAWEI yang menggabungkan teknologi, kemudahan dan keselesaan dengan sempurna bersama dengan sentuhan gaya premium daripada HUAWEI.

HUAWEI FreeClip menampilkan rekaan clip-on pada telinga yang membolehkan anda menikmati audio tanpa memerlukan dilekapkan pada lubang  telinga. Ini sesuai untuk pengguna yang memerlukan semua fungsi fon telinga audio tetapi hanya mengutamakan aspek praktikal fon telinga berbanding muzik, seperti keselesaan dan komunikasi yang mudah.

Pengguna ini mungkin memilih untuk hanya menggunakan fon telinga mereka semasa berkerja, dalam pejabat rumah atau semasa bersenam.

Ini adalah ulasan HUAWEI FreeClip yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 899.

Reka Bentuk

Dari segi luaran, HUAWEI FreeClip kelihatan sama seperti semua fon telinga dipasaran dan luaran yang kami maksudkan adalah bekas pengecasanya. Ianya tampil dengan rekaan berbentuk seperti cangkerang, reka bentuknya yang tersendiri memastikan keselesaan dengan setiap cengkaman.

Selain itu, bekas pengecasan juga mempunyai kesan bunyi yang dipatenkan oleh Huawei, yang akan berbunyi bip setiap kali peranti disimpan.

Beralih kepada earbuds ini, HUAWEI FreeClip tampil reka bentuk inovatif C-bridge yang minimalistik namun futuristik. C-Bridge ini merupakan penyambung elastik dengan reka bentuk julur yang diperbuat daripada aloi memori nikel-titanium (Ni-Ti) berprestasi tinggi, yang memastikan keselesaan optimum untuk saiz dan bentuk telinga yang berbeza.

Seterusnya, C-bridge ini menyambungkan unit pendengaran rekaan “Acoustic Ball” yang akan berada dibahagian rongga telinga dan pemegang “Comfort Bean” berbentuk kekacang yang memastikan FreeClip ini kekal kukuh pada telinga anda tanpa menyebabkan sebarang ketidakselesaan.

Dalam pada itu, HUAWEI FreeClip ini terhasil daripada kajian reka bentuk lebih 10,000 data telinga manusia global untuk mencapai kesesuaian ergonomik yang optimum.

Lebih-lebih lagi, setiap fon telinga FreeClip ini mempunyai berat 5.6gram sahaja, ianya ringan dan cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari. Ianya juga dilengkapi teknologi ‘self-adaptive left-right audio chanel’ yang bermaksud anda boleh memakai mana-mana earbud pada mana-mana telinga.

Melengkapkan lagi rekaan HUAWEI FreeClip ini adalah penarafan kalis air dan habuk IP54 yang membolehkan ianya dipakai untuk aktiviti yang mengeluarkan peluh atau ketika hujan. Ianya boleh didapati didalam dua warna iaitu Purple dan Black.

Untuk memaksimakan potensi earbuds ini, ianya harus menggunakan FreeClip bersama aplikasi HUAWEI AI Life yang di HUAWEI AppGallery dan Apple AppStore dan ianya membolehkan anda membuat tetapan seperti mod EQ, gesture, find my earbuds, kemaskini perisian dan peratusan bateri.

Cara Pemakaian

Memandangkan HUAWEI FreeClip adalah earbud open-ear, cara pemakaian fon telinga ini adalah sedikit berbeza berbanding earbuds lain dipasaran.

Anda disyorkan memakai kedua-dua fon telinga. Apabila memakai fon telinga, buka C-bridge dan klipkanya kepada  telinga anda. Acoustic Ball harus berada di hadapan dan menghadap ke arah saluran telinga anda, manakala Comfort Bean harus diletakkan di belakang telinga anda. Laraskan C-bridge dan Comfort Bean sedikit ke atas atau ke bawah sehingga fon telinga selesa di telinga anda.

Kualiti Audio

Walaupun pada permulaan kami agak was-was dengan peranti earbuds open-ear seperti HUAWEI FreeClip ini, kami agak kagum dengan kemampuan audio fon telinga unik ini.

FreeClip mampu menawarkan anda pengalaman muzik yang sangat imersif tanpa sebarang kebocoran bunyi namun bagi kami kelantangan muzik harus diletakkan pada tahap yang lebih tinggi kerana jika berada tahap yang rendah, bunyi luaran akan lebih kedengaran berbanding muzik yang dimainkan.

Ini berjaya menjadi kenyataan dengan teknologi reverse sound field yang membolehkan kekuatan bass yang disampaikan kepada telinga pengguna adalah sehingga 6dB.

Walaubagaimanapun, kelebihan terbesar HUAWEI FreeClip adalah kepada keselesaan pemakaian fon telinga yang sudah pastinya tidak dapat ditawarkan oleh earbuds lain dipasaran.

Keselesaan pemakaian earbuds ini adalah sangat baik dimana telinga anda tidak menghadapi sebarang tekanan seperti memakai sesuatu earbuds untuk tempoh yang berpanjangan.

Salah satu ciri yang tiada pada HUAWEI FreeClip adalah adalah ciri pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) namun memandangkan ianya adalah earbuds open-ear, adalah sesuatu yang mustahil untuk menawarkan ciri ANC pada fon telinga ini.

Seterusnya, FreeClip mempunyai 2 mikrofon dan Voice Pickup Unit dengan pembatalan bunyi angin yang menawarkan anda kualiti panggilan yang sangat jelas dan lantang.

Lebih-lebih lagi, ciri Dual-Device connection membolehkan HUAWEI FreeClip disambungkan kepada dua peranti serentak seperti ke telefon pintar dan jam tangan pintar atau komputer riba. Ianya boleh dipakai pada semua platform yang termasuk iOS, Android dan Windows.

Jangka Hayat Bateri

HUAWEI FreeClip menawarkan waktu pendengaran sehingga 8 jam dengan bateri 55mAh yang ada pada earbuds atau sehingga 36 jam apabila digunakan bersama bekas pengecasan.

Dalam pada itu, pengguna mempunyai pilihan untuk hanya menggunakan satu earbuds sahaja untuk tujuan panggilan dan ini boleh menggandakan waktu penggunaan.

Seterusnya, pengecasan melalui slot USB-C mengambil masa sekitar 60 minit ( bekas pengecasan) dan FreeClip juga memiliki sokongan pengecasan tanpa wayar namun pada kadar 2W dan ini akan mengambil 150 minit untuk pengecasan penuh.

Penutup

HUAWEI FreeClip adalah sebuah fon telinga yang inovatif dipasaran dan pelancaran earbuds ini membuktikan bahawa kemajuan teknologi dan R&D HUAWEI yang berterusan telah menghasilkan sebuah produk audio yang bukan hanya mampu menawarkan pengguna pengalaman muzik yang memuaskan malah tanpa sedikit pun mengabaikan keselesaan walaupun dipakai untuk tempoh yang lama.

Bagi kami, HUAWEI FreeClip berada sebagai antara earbuds open-ear yang terbaik dipasaran dan ianya kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga RM 899.

Dapatkan HUAWEI FreeClip di stor rasmi HUAWEI Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.