Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT3 240W kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,999 sahaja

realme GT3 240W kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,999 sahaja 9

realme secara rasminya telah melancarkan  realme GT 3 yang hadir 240W di Malaysia pada harga RM 2,799. Ianya merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi pengecasan pantas 240W yang ditawarkan untuk jualan komersial.

realme GT3 240W kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,999 sahaja 10

realme GT3 tampil reka bentuk yang premium yang memiliki RGB pulse lighting interface dan ianya akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Booster Black dan Pulse White.

realme GT3 tampil dengan skrin paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.74-inci dengan kadar semula 144Hz dan ianya memiliki resolusi 2772 x 1240, 100% liputan DCI-P3 dan kadar pensampelan sentuhan 1,500Hz.

Selain itu, telefon pintar ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan akan ditawarkan bersama 16GB RAM dan storan dalaman  1TB.

Bercakap mengenai kamera, realme GT 3 ini memiliki sensor utama 50MP Sony IMX890 yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 112° 8MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah sensor Samsung beresolusi 16MP.

realme GT3 240W kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,999 sahaja 11

Bercakap mengenai ciri mercu telefon pintar ini iaitu pengecasan dan bateri, realme GT 3 memiliki bateri 4,600mAh yang mencapai pengecasan penuh didalam masa 9.5 minit sahaja dengan teknologi pengecasan 240W SuperVOOC. realme juga telah menerima pensijilan TUV Rheinland untuk memastikan keselamatan pengecasan ini.

Selain itu, realme juga menjamin bahawa bateri yang digunakan mampu menawarkan 1,600 kitaran pengecasan dengan mengekalkan kapasiti bateri pada 80% iaitu sehingga 4 tahun penggunaan.

Seterusnya, realme juga meletakkan lampu LED RGB di bahagian belakang, yang  berfungsi sebagai lampu notifikask dan boleh disesuaikan sepenuhnya untuk aplikasi yang berbeza. Ia juga akan menyala didalam warna merah apabila bateri berada di bawah 20%, Notifikasi lain  juga boleh diprogramkan melalui menu tetapan.

realme GT3 240W kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,999 sahaja 12

realme GT3 240W akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,799.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.