Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro 13.2 kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia

 Tableti premium bersaiz besar ternipis dipasaran iaitu HUAWEI MatePad Pro 13.2 kini telah dibuka untuk pra-tempahan hanya 8 hari selepas pelancaran global.

HUAWEI MatePad Pro 13.2 merupakan tablet kelas flagship yang tampil dengan skrin paparan OLED fleksibel dengan resolusi 2880*1920 dan kadar segar semula 144Hz serta kecerahan maksima 144nits. Panel ini merupakan panel 1.07 bilion warna dan terdapat sokongan HDR Vivid.

Selain itu, panel skrin ini juga menampilkan bezel skrin yang nipis iaitu hanya 3.4mm dengan nisbah skrin kepada rangka yang sangat tinggi iaitu 94%.

Seterusnya, HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini juga dikuasakan cip Kirin 9000S yang sama seperti pada HUAWEI Mate 60 Series, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB. Ianya tampil dengan antaramuka HarmonyOS 4.0.

Bersama-sama tablet ini, HUAWEI turut menyertakan stylus M-Pencil generasi ketiga yang tampil dengan teknologi NearLink yang 6x lebih pantas berbanding teknologi Bluetooth serta papan kekunci magnetik generasi baharu yang lebih selesa untuk digunakan selain turut memiliki trackpad.

Bercakap mengenai kamera, MatePad Pro 13.2 memiliki kamera hadapan 16MP pada takukan manakala pada bahagian belakang terdapat sensor utama 13MP bersama sensor ultrawide 8MP.

Walaupun mempunyai rekaan yang nipis, MatePad Pro 13.2 ini dilengkapi bateri berkapasiti 10,100mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 88W yang pengecasan 0-100% didalam masa 65 minit sahaja.

Selain itu, MatePad Pro 13.2 juga membawakan Wi-Fi 7, 6 pembesar suara speaker dengan teknologi HUAWEI Sound, berat sekitar 580gram dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Golden Black dan Green.

Setiap pra-tempahan HUAWEI MatePad Pro 13.2″ juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 3,145 yang termasuk Smart Magnetic Keyboard,  M-Pencil dengan NearLink, FreeBuds Pro 2, Sound Joy dan Tetikus Bluetooth HUAWEI. Pra-tempah sekarang dengan bayaran deposit bernilai RM 50 di SINI

Nantikan baucar penebusan untuk Matepad Pro 13.2 inci bagi menebus HUAWEI Sound Joy pada harga RM1 (RRP: RM699) dari 13 Disember 2023 hingga 25 Januari 2024 melalui Stor Rasmi HUAWEI di Shopee dan Stor Flagship HUAWEI di LazadaStor Flagship HUAWEI di Lazada dengan peluang memenangi hadiah misteri apabila anda melanggan di laman web rasmi HUAWEI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.